Rindu Vs Pesanan buat pembaca ✌

  • Assalamualaikum dan selamat sejahtera gaizzzzzz ✿

Weh rindu gila nak blogging :"(((( Sebenarnya kan selalu je aku lalu blog sendiri, kemaskini, baca baca balik cerita lama. Ya allah aku dah semakin dewasa rupanya. Daripada 2008 cerita pasal entah apa benda pergi ke 2013 bila hati dah tergerak nak pilih jalan hijrah. Macam macam perasaan kot masa baca tu. Yelah kita baca pasal diri kita dari sebelum dewasa sampai ke dewasa. Jalan cerita lain-lain kisah pun lain-lain.

Tipulah tak ada perasaan malu masa baca sebab cerita kecewa dek kerana lelaki, baca pasal bergaduh dengan kawan sendiri hahaha tapi itu sebenarnya panduan untuk diri sendiri. Panduan bilamana aku terleka, aku mencari siapa diri, mencari kenapa aku jadi begini dan begitu. Baca balik dan tanya diri sendiri macam mana dulu aku cari kekuatan untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup. Ye aku ada perasaan malu like " ya allah apa aku buat ni" "ya allah ni ke aku dulu"

Tapi jangan pernah malu dengan kisah hidup kita yang lepas. Bersyukurlah sesungguh setiap yang terjadi itu memberi 1001 hikmah pada hari dan seterusnya. Alhamdulillah kita terpesong masa dulu dan sekarang kita berada di jalan yang inshaAllah benar. Kalau bukan disebabkan kisah hidup kita yang buruk tu mungkin kita tak menjadi seperti sekarang. Mungkin bertambah teruk. Bersyukur sebab kita ada pengalaman semua tu, kita ada kisah kita sendiri. Diluar sana ada yang aturan hidup dia lurus tanpa liku, apa yang dia boleh kenang untuk lihat graf kehidupan dia? Tapi mungkin dia ada liku selepas lurusnya graf hidupnya.

WaAllahualam. Semua tu aturan illahi, kita tak boleh pertikaikan. Bukan kah beriman pada qada' dan qadar itu rukun iman ke 6?


Jadi, apa yang menyebakan aku datang semula ke blog ni? Bukan untuk show off bukan untuk publisiti. Aku cuma mencari sumber untuk berkongsikan apa yang aku rasa aku nak kongsi. Yelah kita nak cerita dengan orang pun siapa tahan asyik nak layan cerita kita. nak cerita kat facebook, twitter, instagram hah lagi lah tak. Sebab tak semua orang suka dan boleh terima cerita kita. Dikatanya menunjuk, dikatanya berlagak, dikatanya cuba menghasut, dikatanya pelik. Alah biasalah manusia takkan berhenti menghukum dan berkata sehingga tibanya hari perhitungan *opss*

Jadi, aku get back to my kesayangan blog. Tak kisah pun tak ada yang membaca asal aku puas sendiri. Kenapa kita idup mesti mencari kepuasaan daripada orang lain sedangkan kita hidup bukan untuk puaskan hati orang?! Weh aku dah start emo hahahaha.

Setiap orang ada cara tersendiri. Kita tak boleh nak kata, "alah aku tak ada pun nak cerita semua benda kat semua orang. rilek sudahlah. takyah nak batak sangat". Tak boleh. Sebab setiap orang datang dari latar belakang berlainan. Ada yang jenis tak boleh pendam nanti emosi lari. Ada yang harini jadi esok lupa. Semua tu kan aturan Allah. Kita cuba makhluk yang dicipta untuk menurut aturannya sahaja. Kita sesama manusia, kau ada lemah kau. Aku ada lemah aku. Kalau aku tak pernah nak judge lemah kau dari aspek lain kenapa kau nak judge lemah aku dalam handle emosi aku? kenapa?! *pressureincrease* ahahaha acah je semuaaaa ni.

Aku cakap awal-awal, kalau kau pernah berdengki dengan aku pernah tak puas hati dengan aku, datang sini untuk judge hidup aku jangan teruskan membaca nanti kau tua sebelum usia. Sebab kau terlalu fikir macam mana nak jatuhkan aku. Baik kau pergi jalani kisah hidup kau dengan aman damai. Kalau nak tengok juga boleh, tapi jangan sibuk nak canang macam aku ni pendosa, kau ni malaikat.

Tapi kalau datang sebab nak kenal aku, nak tahu kisah hidup aku, nak cari pengalaman orang lain, nak berkongsi cerita aku alu alukan. Kan aku dah cakap semua orang berbeza cara hidup. Mungkin kau tak pernah diuji macam aku. Tapi aku kongsikan sesuatu yang tak seberapa, harapnya dapat membantu dan memberi sedikit titisan semangatbila kau diuji dengan ujian lebih kurang macam aku. Itu namanya manusia saling melengkapi, saling mempelajari. Mcam tu juga aku, mungkin ujian aku tidak sehebat ujan kau lalui, aku harap kau tak lokek untuk drop comment atau di chatbox berkenaaan kisah hidup kau agar aku pelajarai sesuatu untuk tambah semangat kental dan kekuatan diri aku.

Banyak nak cerita ni sebenarnya. Tapi nanti dulu sebab aku kena pergi bersiap sedia untuk mengajar esok hari. Jumpa esok!

Sekian, wassalam.