Rejection by rejection..

Dari result SPM ke lesen kereta ke ipg ke upu. Semua menghampakan aku. Lain diharapkan lain yang dapat. Walaupun aku bersyukur tapi siapa tahu yang aku masih sedih. Terselit juga sedikit malu. Bila semua yang aku usahakan, aku korbankan seolah olah tak membuahkan hasil mesti aku frust. Tapi sejauh selama mana aku perlu frust sedih menangis malu selamanya. Setiap langkah penungguan yang penuh pengharapan aku akhirnya gagal. Aku tak dapat apa yang aku nak. Semua. SPM. Lesen kereta jalan raya aku kena repeat. IPG UPU aku kena reject. Setiap tu aku menangis. Satu persatu aku saling mengharap, takpelah tak dapat ipg, upu inshaAllah dapat. But no. i dont get it. Sampai aku rasa macam Ya Allah apa semua ni. Memang aku akui aku seolah olah menyalahkan takdir. Kau tahukan menyalahkan takdir sama tak percaya Qada' dan Qadar Qadar dan Qadar rukun iman kan? Kau tahu betapa dosanya tak percaya atau menyalahkan. Aku menangis lagi.

Kenapa aku asyik menangis. Kenapa aku tak buat sesuatu yang mengubah segala kesedihan. Menangis cuma melegakan hati untuk tempoh pendek sahaja. Tak lama tu percayalah mesti teringat balik lepas tu mula lah fuck itu fuck ini. Masa dapat nikmat bukan bersyukur. Tapi dapat ujian tak boleh tempuh. Mnusia memang poyo. Aku checklist beberapa perkara yang aku rasa kenapa aku tak berjaya macam dia, dia, dan dia. Kenapa usaha aku lebih dari dia, tapi dia lebih berjaya dari aku. Kenapa?! Kau tahu tak yang kita kena bergantung pada Allah yang Satu? Kenapa kau lupa Dia? Kenapa? Apa yang aku lupa? Jom sama-sama checklist diri kita apakah kita layak dapat seperti mereka atau memang kita layak dapat apa yang kita dapat ni?

  1. Kau solat cukup sehari 5 waktu?
  2. Kau cukup usaha?
  3. Kau punya hubungan dengan keluarga? Parents, siblings, others?
  4. Kau punya hubungan dengan kawan?
  5. Hutang dah habis bayar?
  6. Kau buat solat sunat berapa kali?
  7. Makanan yang kau makan?
  8. Barang yang kau pinjam dah pulang?
  9. Kau buat solat taubat?
  10. Qiamulail?
  11. Ibadah lain?
  12. Pribadi diri kau?
  13. Niat kau belajar sebab siapa? Apa?
  14. Kau berjaya sebab nak apa?
  15. Bila kau susah kau bersyukur ke bertaubat ke bersedih ke apa?
Kau tanya diri kau, kau jawab sendiri. Ya Allah baru aku sedar yang ya memang aku layak dapat apa yang aku dapat ini dan memang sepatutnya aku dapat yang lebih teruk. Cuma sebab Allah tidak kejam. Lepas satu persatu yang kita nak kita tak dapat sepatutnya kita checklist diri kita bukan lepas 10 pengharapan berkecai sejuta baru nak checklist. Aku tak suka nak checklistkan diri orang sebab aku tahu diri aku serba kekurangan lagi nak sibuk hal orang. Bila dah checklist teruslah berubah sedikit demi sedikit. Buang kesedihan tu dengan usaha kita perbetulkan apa yang dulu kita tak buat, kini kita buat pasti ia berubah. Kalau nak menangis sampai habis air mata pun tiada apa yang berubah. Faham?

Maka sentiasalah bersangka baik dengan takdir yang ditentukan Allah. He is the best planner babe. Kau usaha bagai projek sejuta, pengorbanan beratus ribu tanpa mengingati Allah tanpa berdoa memang tak kemana. Tapi kalau kau berdoa siang malam tanpa usaha pun tak menjadi. Sebab tu rumah dibuat dengan batu dan pasir dan sebagainya. Mana ada rumah dari bumbung sampai lantai daripada batu sahaja. Dengan keperluan yang lengkap baru lah sesuatu tu sempurna. Tak boleh juga usaha hok segram pastu "dahlah, aku pasrah." "takpe, tawakkal je." Tawakkal itu hanya selepas berusaha barulah berserah semuanya kepada Allah. Banyak songeh kau nak tawakkal takda usaha. Get it?

Lepas upu pun aku kena reject aku rasa macam aku dah tak ada masa depan. Lifeless. Aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya further study mana apa semua. Tak pula aku sangka ipta kedekut sangat taknak bagi space kat insan lemah seperti aku. Rupanya senang lenang je yang lemah dia tindas, yang kuat dia tindas. Aku tak faham apa yang dia nak. Memang aku merajuk jugalah dengan kerajaan ni. Tu la kau dok mengata kerajaan lah bagai, kan Allah Taala dah tunjuk. Setiap apa yang berlaku, kau terus flashback salah apa kau dah buat dengan pihak berkaitan sesuatu perkara tu menyebabkan kau tak dapat.

Ayah sikit pun tak jeling aku cakap aku tak dapat upu sambil teresak esak. Aku punyalah sedih lepas satu persatu aku kena reject ayah stay cool. Dia kata dunia ni luas, rezeki kat mana-mana. Kalau semua diterima masuk ipta siapa nak masuk ipts? Ayah suruh aku cuba risik mana-mana ipts yang aku suka. Tapi memang ipts tu mahal la kan. Tak semua mahal. Aku fikir lebih baik aku pilih ipts yang mahal sebab memberi aku ilmu yang aku boleh guna sampai akhirat. Daripada aku main pilih ipts ikut glamour ikut hebat tapi boleh pakai dunia je. Sedangkan alam kehidupan kita lebih lama diakhirat. Kau faham tak maksud aku? Ibaratnya, kalau kau nak beli baju mahal mesti kau fikir baik aku beli baju yang boleh pakai kat majlis lain juga. Takkan kau beli baju semata-mata majlis makan malam tu yang temanya arabic then takkan kau pergi kenduri jiran pun nak pakai baju macam tu? Haa baik kau beli yang mahal sekali tapi boleh pakai banyak event. Lagi faedah kan.

Aku akui aku memang remaja yang mudah terpengaruh. Bila aku dah terpengaruh aku kadang-kadang lupa pahala dosa bila tak ada yang mengingatkan. Jadi, aku taknak apa yang lepas berulang. Siapa nak jadi alarm aku lah kan asyik nak ingatkan aku je baik buruk. Sendiri mahu ingatlah. Macamana? Aku nekad aku pilih ipts yang berteraskan dan lebih menitik beratkan agama. Tapi seimbang duniawinya. Aku apply international islamic college yang anak uia tu. Anak Universiti Islam Antarabangsa ok bukan uai Ustaz Azhar Idrus tu. Aku apply Diploma in Childhood Education. Sebab aku suka bidang perguruan then aku suka budak. Masa tu masih terasa penat study spm sebab tu aku pilih yang ringan je. Konon penat lah belajar berat-berat. Ceyyywah.

Tapi bila orang tanya aku cakap, aku dapat iic tu masuk 29 september. Semua macam apa iic? Aku translate BM diaorang KUIS. Aku cakap eh tak kuis lain. Sebab aku rasa eh kuis tu kan untuk students aliran agama. Aku ni siapa. Ayah cakap cuba aku apply kuis tu. Apply Tesl. Aku pun usha laman web kuis.edu.my tu aku tengoko satu persatu programme memang mostly memerlukan keputusan bahasa Arab. Cuba Tesl dengan accounting je. Aku pun kemukakan permohonan. Dia minta 3 bidang yang kita minat. Aku pun eh macam mana dahlah yang tak perlukan bahasa arab cuma account dengan tesl. Aku pun bantai isi tesl,accounting dengan islamic banking. IB tu nak bahasa arab juga, tapi aku bedal je. Hahaha

Alhamdulillah seminggu lepastu aku dapat tawaran surat panggilan interview untuk tesl. Memang tu yang ayah harapkan. Kau tahu tak baru tu aku rasa betapa gembiranya aku dapat sesuatu yang ayah aku nak untuk aku. Jumaat,31 may 2013 ayah dengan mama hantar aku pergi interview. Punyalah berdebar. Kau tahu aku ambil tesl memang lah fully english. Aku berdoa semoga juri aku lemah lembut. Allah perkenankan doa aku. Memang lembut madam tu. Having a conversations in english was so awkward gila bro. Memang lah dah praktis tapi masuk duduk depan dia aku dok goyang kaki sebab nervous. Aku jawab jelah apa dia tanya. Alhamdulillah english dia slang malaysia, and slow. Maksud aku bukan english yang slang british pastu macam kereta api tu. Aku pun tak dapat grab. Punyalah syok sangat kita orang borak pung pang pung pang pasal politik pasal bloggers semua dan aku rasa macam Ya Allah how can i speak this very well? How?!! 

Aku teringat ayah kata dalam kereta masa on the way "jangan nervous dik. Kita tawakkal je. Buat sehabis baik. Kalau dapat anggaplah ini yang terbaik Allah tentukan untuk kita. Macam tu juga sebaliknya, KAlau tak dapat anggaplah ada yang lebih baik untuk adik. Kita kena bersangka baik with what Allah has planned." Tapi dalam poyo aku semabng dengan beliau tu aku ada juga lah terkeluar bm haha suka mak nenek aku je kan dia tanya "didnt you have any favourite movies reading or what in the way you to improve your english?" kau tahu aku jawab apa sambil kaki goyang, main tekan pen bagai--dahalh pen pinjam kat kerani, samapi terbawa balik. Aku Jawab "oh yes, i love to watch english movies such as iron man,batman,fast furious 6 tapi i belum tengok lagi cerita tu hehe" Hahahaha aku mcm cubit peha sendiri bongok betul la aku ni dah bi tu kau bedal jelah bi, ni kau cakap bm dah kenapa hahaha.

Then she asked me to recite syahadah. Bersyukur aku boleh translate the meaning. Then kena baca surah Al insyirah. Aku ni kau sebut nama surah belum tetu aku tau tu surah yang mana. Macam ikan, kalau kau tunjuk aku ikan, aku tak tau nama ikan tu apa. So aku bedal jelah, "Alam nashrah rght?" dia angguk, aku pun bacalah dengan muka confident padahal tajwid entah lari kemana. Habis semua, dia angguk then "i think you are choosen to be the one of tesl students cause of your passion in teaching and english. Good luck and i hope you will be a dedicated teacher. Welcome KUIS. " Oh aku macam nak sujud syukur kat meja dia haha. 

Aku keluar aku terus cakap kat mama dengan ayah lulus interview. Tapi diaorang macam tak faham sebab muka macam rileks je haha. Dah gi bahagian fakulti kemasukan nak dapatkan offer letter dengan segala borang, ayah tanya 'dapat tak?" kan aku dah cakap dia orang tak faham or dengar apa aku cakap. MAma kucup pipi ku sebab dia tak imagine aku boleh speak in english in 30 minutes conversation sebab yelah aku bukan keturunan british yang dari bayi diajar good morning dan sebagainya. Dan bahasa inggeris bukan bahasa penghataran kat rumah. Cuma kadang-kadang tu adalah ayah dengan mama nak cakap something rahsia dari adik-adik. Ceyyy padahal main bedal je grammar.

Apa pun aku bersyukur akhirnya aku nampak jalan penyelesaiannya. Oh lupa nak cerita sebenarnya aku dapat Matrikulasi Tekb=nikal Johor, aku tolak. Kenapa? Aku tak serasi dengan teknikal. Kau tahu aku belajar teknikal 2 tahun, 3 kali je aku lulus subjek lukisan, termasuklah lulus kat SPM dengan gred C sahaja. Lepastu nak aku sambung lagi bidang tu oh no aku tak tega. So, mungkin aku kena reject, sebab ada yang lebih baik untuk aku diluar sana. Percayalah takdir Allah. Semakin kita bersabar, semakin lama kita arungi dugaan demi dugaan. Akhirnya mesti ada jalan penyelesaian. Janganlah kau dok menangisi benda yang memang kalau lenjan habis kertas rejection tu sampai bila? tkda apa yang berubah. Kau faham tak kita kena tempuh? harungi? senang cerita kita kena jalan weh.

Kau tak boleh nak baring tutup muka je sebab sedih. Kau kena bangun mencari mana-mana yang sudi terima kau. Aku punya frust sampai sebulan juga aku pening tak sleera makan. Tapi aku rasa macam sampai bila aku nak macam tu, sedangkan masa berjalan menukar tarikh haribulan. Hari demi hari sorang-sorang kawan aku pergi melanjutkan pelajaran sementara aku hari demi hari aku masih rasa 18 may 18 may 18 may--- sehari selepas upu keluar, tarikh mulanya aku frust. Aku seolah lupa yang hari bertukar hari weh!! Sampai bila aku nak macam ni macam orang takda matlamat.

Esok aku mendaftarkan diri kat kuis. Kawan baru dunia baru semuanya baru. Baldi je lama. Ha ha ha hambar. Aku mohon engkorang semua doakan kejayaan aku kat sana kelak. Segala hutang piutang barang tak pulang boleh berurusan personally dengan aku. Kadang-kadang aku ni manusia yang tak malu, dah pinjam buat harta. Minta belanja kena bayar tapi tak bayar. So mohon sangat tuntutlah hutang aku yang ada pada korang. Mungkin aku tak perasan atau terlupaa. Kalau hutang budi tu minta dibalas juga aku cuba usahakan. 

Sedikit tazkirah, bila kita tak tahu apa yang terbaik antara beberapa perkara atau takda perkara tapi nak tahu apa yang terbaik buatlah solat istikharah dua rakaat tu. Sekejap je solat tu. Percayalah islam itu mudah. Allah akan tunjukkan dalam mimpi atau kuatnya kata hati. 

Minta maaf atas semua kekesaran bahasa yang tak disengajakan sebab menulis ni dengan penuh luahan perasan. Konon.

Wallahualam, sekian wassalam.