Q & A

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t :)

Post khas untuk menjawab soalan soalan dari Apip.


1. Lepas SPM memang nak ambil BI ke?
2. Kenapa KUIS?

Begini, aku ni kan tengok kening nampak la kononnya aku ni jenis lurus je teratur padahal tak. Hati aku senang berubah. (Sebab tu aku takut bercinta) Hahahahahahaha *kaitan*. Ok so sebelum dapat result aku berangan nak pendidikan awal kanak-kanak. Sebab aku dh jawab SPM so aku macam dah nampak aku mampu ke tak nak teruskan bidang kejuruteraan aku tu. Ilmu tu seronok. Tapi tak kena dengan tahap pemikiran aku. Aku fikir nak benda yang ringan je masa tu. Kalau ada Diploma Suri Rumah Tangga mungkin tu pilihan aku. So, lepas dapat result. Alhamdulillah tak la seteruk yang aku bayangkan. Isi UPU memang aku ikut selera aku je. Entah apa apa aku isi. Mostly kejuruteraan awam. Ko nampak tak aku ni huru hara dah tak mampu nak bawa kejuruteraan pastu ada hati nak benda tu gak. Sebab apa? Entah. Haha. Lepastu satu persatu aku kena reject. Aku dah tak ada pilihan lain selain permohonan kedua untuk UPU dan IPTS. Nak dipendekkan cerita, ayah suggest aku ambil TESL sebab dia nak one of his children follow his career -- "teacher".
Nak cerita panjang untuk soalan nombor dua, click link ni. --> http://adbhr.blogspot.com/2013/06/rejection-by-rejection.html . Aku dh pernah tulis entri pasal tu sebenarnya haha.

3. Kat KUIS macam mana bahasa arab tu. Sebab tak ada basic.

Okay, jangan risau. Tahu tak tuhan dah ciptakan dalam otak kita pelbagai bahasa. Cuma diasah atau tidak je. Kalau tak diasah tumpul, tenggelam. Diasah, mahir. Sebab tu orang kata budak-budak boleh speak english lah mandarin lah france lah sebab apa? Sebab kat rumah dari kecil didedahkan dengan bahasa tersebut. So, untuk kita yang tak ada basic ni, jangan risau. Dalam solat, dalam kehidupan seharian pun ada guna bahasa arab kan? Kat KUIS, bahasa arab ni subjek wajib universiti. Tapi ikut juga kos apa. Masa, kau nak apply kos kat KUIS. Kau usha dulu laman web kuis. Kos kos, syarat kemasukan dan subjek yang akan diambil. Ada beberapa kos yang tak memerlukan keputusan subjek arab daripada SPM/STPM kau, dan ada yang minta keputusan bahasa arab. Kalau kau tak ambil subjek arab masa sekolah, mohon lah kos yang tak memerlukan keputusan bahsa arab. Contohnya Masscom, Islamic Banking, TESL. Contohnya, aku ambil pendidikan bahasa inggeris. So bahasa arab sampai sem dua je. Bagi kos yang utamanya agama, bahasa arab, lebih panjang lagi tempoh pengajian untuk subjek arab. Untuk kos TESL, kita akan ambil arab assasiyah. Asas arab 1 dan 2. Senang sangat, macam belaar sekolah rendah punya arab. Aku enjoy belajar arab dua sem tu. Sebab lecturer pun ngajor mcm tadika, dia eja kita ikut. Jangan risau, nanti bukan kau sorang takda basic arab. Ramai lagi takda. Yang ada pun inshaAllah akan support kau. 

Btw, sebelum memulakan kuliah masa mula mula masuk, kau akan ambil APT&QPT. APT (Arabic Placement Test) & QPT (Quran Replacement Test). Tests ni untuk tengok seauh mana kau ada basic arab dan boleh baca quran. Tak susah untuk kita yang ambil arab masa sekolah rendah agama dulu, dan yang tak tinggal quran. Kalau memang 0 basic arab, nanti kau akan dapat kelas intensif. Kalau lemah baca alquran pun sama. Jangan malu dalam menuntut ilmu. Malu kerana tiada ilmu. Kalau malu sampai bila nak 0? Kan.  

4. Selain bahasa arab, ambil apa lagi berkaitan agama?

Apip kata "yelah aku nak belajar ilmu biasa tapi dalam masa yang sama aku ak belajar agama".
Ilmu tu bukan hanya dalam kelas. Ilmu Alah merata-rata. Setiap kos dah disediakan subjek-subjek yang berkaitan dengan kos yang dipilih. Pengalaman aku lah kan. rasa beruntung masuk kuis ni sebab setiap lecturer yang mengajar dia akan terapkan agama. Selitkan, hadith dan ayat ayat quran. Walau kau belajar teori kafir sekalipun, akhirnya nanti mesti lecturer bandingkan teori islam dan teori barat lepastu kau akan nampak teori islam sebenarnya jauh lebih kedepan dan universal. Selain itu, untuk mempertingkatkan ilmu agama, rajinkan diri join majlis ilmu. Kalau jenis pemalas membaca fakta macam aku ni, haa go and find out ceramah-ceramah ke kuliah ke. Lagi best, kat KUIS ada Usrah. Kau akan di tetapkan group usrah. Group tu setiap jumaat berkumpul dan berusrah. Membincangkan hal agama, tukar pendapat dan lain lain. Seronok kalau enjoy dan ikhlas. Dari situ inshaAllah bertambah makanan rohani kita :)

5. Em 

Aha?

6. Adakah ada kejutan budaya di KUIS?

Haa. Mana-mana pergi tempat baru mesti ada kejutan budaya. Aku tak perhati budaya KUIS ni untuk aku cerita secara spesifik. Tapi meh aku kongsi pengalaman. 
Sebelum aku masuk KUIS lagi, mind set aku bila namanya Kolej Islam mesti 

  • Hafiz/Hafizah. 
  • Tudung labuh. 
  • Alim. 
Masa aku datang untuk interview, aku pakai biasa je. Jubah. Tudung bawal 45'. Pastu aku masuk pintu pagar aku nampak akak akak jalan tepi tasik tu tudung labuh, baju muslimah. Ya Rabbi, tenangnya. Malu pun ada. Tapi takpe, baru nak belajar kan. Aku masuk bangunan admin, sopan santun semua. Aku nampak students lelaki, dia tundukkan pandangan. Malu lagi sekali. Masa tu je aku dah terkejut haha. Nak daftar masuk tu aku nampak yang berpurdah, serban. Aku terkejut gak lah. Aku rasa macam aku sorang je tudung tak berapa labuh haha. Seterusnya, dari masa ke semasa. Macam macam kejutan budaya akan terjadi, yang kau tak kan pernah nampak kat dunia sekolah kau. Ada budaya baik yang kau akan rasa "Ya Allah bersyukurnya terpilih masuk sini" sebab seronok budaya tu. Tapi ada juga budaya yang kau tak sangka IPT Islamik pun ada budaya tu. Yang penting, kena pandai berkawan. Bekawan dengan semua orang tak salah, tapi kena pandai jaga diri. Jangan terlalu rasa diri lemah, tak pandai, jahil sampai percaya semua kata-kata orang tanpa berfikir. Jangan juga terlalu rasa diri dah banyak ilmu, tahu itu ini sampai melawan teguran. Masih baru ditempat orang, kau senyumkan sahaja apa orang kata kat kau. Sambil tu kau fikir, kalau nak tanya tanya terus. Kalau was was tanya senior yang kau percaya. Senior tu kau jgn risau, memula kau orientasi kau mesti jumpa seniors yang baik belaka. Boleh jadi kawan dari situ. Jangan awkward sebab umur. jadikan umur untuk penghormatan, jangn sebab umur segan bertanya dan sebagainya.


7. Semua yang kat KUIS ambil agama ke dulu?

Tak semua. Ada yang baru memeluk islam dan mulakan pengembaraan dalam islam di KUIS lagi tau. Janan risau, kalau dah hebat buat apa belajar? Kan.

8. Bila target nk masuk KUIS?

Jawapan kepada soalan ni pun ada kat entri http://adbhr.blogspot.com/2013/06/rejection-by-rejection.html . Dapat hidayah nak masuk kuis beberapa minggu sebelum tarikh kemasukan sesi Jun 2013 haha.

9. Mohon apa je haritu? Matrik? U?

Matrik aku Cikgu Sopi ( Kaunselor ) yang mohonkan. Dapat Matrik Teknikal Johor. Tanpa bersyukur aku terus tolak sebab masa tu aku tengah ready nak SPM kot. Result Matrik keluar lepas trial kan. Ke apaa tah haha aku lupa bila. Tapi aku tolak sebab aku tengah frust dengan LK aku. Aku memang rasa tak ada hati langsung dengan bidang tu. Lagi la orang sekeliling aku tak berapa sokong aku masuk matrik. Haha. U haa first permohonan aku tak dapat memana. Second, aku dapat UNIIMAP untuk kos kaij gali tanah. Haa ada nama sainstifik dia, aku lupa. Benda tu aku dapat beberapa minggu aku dah mula belaar kat KUIS. Aku dah sayang kat KUIS so aku abaikan tawaran tu.

10. ohsem

Ni aku tak tau nak jawab ke apa haha



Macam tu lah kisahnya. Buat masa ni, aku jawab je dulu. Nanti entri lain aku share pahit manis hidup lepas persekolahan ni.

Haa.

Help me to drop your comments regarding my writings and post also suggest me some topics for the next entry (s). For any questions or inquires dont feel hesitate to ask me thru ask.fm/adbhrosman or drop in the comments, so i will try my best to elaborate your questions.

Jazakallahu khayran kathira :)

Popular Posts