Blog walkers

Welcome blogger and readers (: this blog just look very simple and crowded maybe. the stories are sometime bored, nonsense and best. But for your information,i treat my blog like my diary. So its up to me to write everything. Keep in touch and follow my blog. And dont forget to leave a comment beside on my story. Its the first step for me to improve the quality of my blog. Thank You

03 November 2014

Kadang-kadang.


Kadang-kadang kita nampak orang tak ok.
Dia kata dia sedih, dia penat.
Kita tertanya-tanya kenapa, kenapa, dan kenapa.
Tapi pernah kita rasa yang dia sedih sebab kita. Pernah?

Kadang-kadang orang tanya pendapat 

Kita jawab macam kita tahu semua benda.
Tahu mana betul mana salah.
Sembang kencang.
Tanpa kita sedar, kita dah berlagak.
Ingat orang suka dengar kita berleter?

Kadang-kadang orang cerita masalah,

Orang tak harap pun kita respon macam kauselor berdaftar.
Dia cuma nak tempat meluah.
Pastu dia nak org sokong dia.
Memang dia buat salah, tapi kau ingat kau brainwash dia, membebel dia boleh terima?
Tak. Kau dengar kan je. Sokong je. Walaupun konon konon. Lepas dia dh puas hati, kau tegur la. Bagi nasihat. Bukan membebel.

Kadang-kadang kita rasa apa kita ada tak cukup, tak pernah bersyukur.
Sebab nampak orang lain lebih.
Pernah tak terfikir, tuhan tak takdirkan kita dapat apa kita nak , apa kita tak ada sebab ia bukan terbaik untuk kita?
Mungkin kalau kita ada semua tu kita lalai. Sesuatu yg buruk berlaku kat kita.
Apa kita fikir, aku malang. Aku hina. Itu je.

Kadang-kadang kita sayang orang.
Kadang-kadang kita benci.
Masa sayang, semua indah.
Macam macam ditaburkan.
Masa dah tak suka, selipar buruk pun jadi sebab.

Kadang-kadang kita nasihat orang,
Tapi serupa herdik dia.
Suatu hari, perkara yg dia buat berlaku kat kita. Masa tu baru tahu kenapa dia boleh ada rasa nk buat benda tu.
Masa tu malu dgn diri sendiri.
Kenapa aku marah dia mcm tu sekali. Baru skrg aku rasa apa dia rasa.
Betul, susah kalau hati yg diuji.


Kadang-kadang kita benci org.
Kita tak nak pandang walau bayang dia.
Suatu hari, apa yang disangkan semuanya silap.
Dia bukan sengaja buat kita macam tu.
Kita mula suka dia.
Masa tu dah ada orang lain suka kita.
Nak padan muka kat siapa masa tu?