Yang indah semua best

 Assalamualaikum semuaaa

Fast n furious punya entry ok kali ni.
Lama dah tak update blog,
Rasa rindu tapi malas lagi tinggi dari rindu.
Nak buat camana, fitrah.
Ceh alasan haha.                                     

Bayak sebenarnya nak cerita, 
tapi tak tahu nak mula mana,
Nak habis lagi entah bila,
So macamana ni?

Ni aku bukan aku nak cerita aibkan sesiapa,
Tapi buat baca dan peringatan diri sendiri,
Aku tak rasa ada org visit blog aku,
Aku bukanlah femes blogger bak ang,

Kalau aku tak bagi link,
Konpem orang dak baca blog aku,
So ayuh kita selfie.
Bukan selfish, hihi.

Hati ini sebenarnya sedang diuji,
Diuji tentang nafsu yg entah keberapa.
Dimana ingin mencari peneman.
Ingin disayangi dan dicintai makhluk jantina lain.

Tipu kalau aku tak malu bercerita soal ini,
Bukan soal malu atau tidak,
Yang penting diri ini sudah dikejut dari tidur,
Sedar siapa yang patut dicari.

Aku pernah jatuh kerana cinta dunia,
Aku jatuh, susah nak bangun.
Cinta dunia yang hanya sementar,
Cinta akhirat, kekal abadi.

Pernah suatu ketika, aku minat seorang ajnabi,
Well, kerana rupa.
Lepastu aku tahu dia punya pelbagai kelebihan 
yang belum tentu org lain memilikinya.

Aku pendam.
Ditakdirkan dia memulakan bicara,
Aku seolah bermimpi,
Siapa percaya manusia yang kau minati,
Memulakan bicara?

Ya. Aku mengalaminya.
Aku rasa bersyukur.
Aku berdoa agar hati aku dilindungi.
Aku tidak mahu jatuh cinta.
Tidak mahu, aku serik.

Cukup sekadar kawan,
Tapi bicara seolah istimewa.
Ya bicara, bukan perlakuan.

Alhamdulillah masih didalam iman,
Kedua hati masih mampu menjaga.
Cukup sekadar bicara melalui huruf,
Bersua berdua? Dating?
Ah jauh sekali.

Bertukar idea,
Bertukar masalah,
Saling mengingati,
Saling menasihati.

Bertukar? Saling?
Perkataan yang seolah melengkapi.
Biasalah, hati sedang dicucuk syaitan,
Semua terasa indah.
Benda remeh pun dianggap whoaaa.

Akal sentiasa mengingati hati,
"Jangan fall in love dengan dia, jangan"
Tangan selalu menadah meminta dari Yang Esa,
"Ya Allah, jika dia jodoh buatku, dekatlanlah hati kami pada jalan yang engkau redhai,
Jika dia bukan terbaik untuk ku, jauhilah hati kami"

Namun, ujian semakin mencabar hati,
Bilamana setiap detik ku berfikir tentangnya,
Notifikasi berbunyi,
Bling..
Itu dia.
Setiap kali.

Sehingga diri terperasan 
"Adakah ini jodohku"
Tersenyum.
Ah kau lupa ini mainan syaitan,
Iman mu sedang di-skan.
Lalai.

Sebelum tidur, 
Minda kerap berfikir tentang dia,
Entah kenapa dia sahaja yang mengisi minda,
"Good night, sweet dream, assalamualaikum"
Bling sekali lagi,
Pantang dia bermain diminda,
Pasti 'bling'..

Jikan begini,
Hati muda mana tidak terasa diri sedang dilamun cinta?
Allahu, lemahnya hati ini.

Dikurniakan sahabat yg kuat mengingati,
"Lelaki semua sama, kau jgn percaya sangat"
Buat hati tanam benih "ego"
Ego apa?

Pernah jatuh kerana cinta sebelum ini,
Buat diri mempelajari sesuatu,
Menjadi terlalu 'manis' buat ajnabi,
Yg belum tentu jodohmu,
Amat merugikan.

Jadi, aku kawal bicara, kawal huruf,
Sebelum ia mencairkan hati lain.
Aku cukup kawal,
Tapi aku sedari pemuranhnya hati ini,
Juga bisa mencairkan hati itu.
Takpe, aku anggap sedekah.
Ya aku anggap sedekah.

Kenapa kawal?
Kau kawal nanti dia tak rasa istimewa?

Bagi aku,
Jika dia inginkan dirimu, pasti dia menunggu.
Walau apa caramu,
Salahmu dibetulkan,
Betulmu, dibiasakan.
Semoga kau faham maksud aku.

Bagi aku,
Terlalu mahal bicara manis untuk aku luahkan,
Taipkan, bicarakan untuk sindia yang belum tentu jodohku.
Aku takut jika dia meninggalkan hati ini,
Tapi segalanya telah diberikan,

Apa yg tinggal untuk zauj mu?,
Ah ini bukan masanya,
Kau dalam doaku,
Berkali mulut berdoa minta kita dilindungi.

Hampir nafsu mengatakan kau jodohku,
Hampir mulut mahu bercerita kepada waliku,
Tentang teman istimewaku, kau.
Tapi hati kata, 
'Jangan, belum tentu. Sabar.'

Benar. Aku sabar.
Aku perhati sejauh mana kesungguhan itu.
Sejauh mana kuatnya kita?
Semua ini aku uji sendiri.

Akhirnya
Tuhan tunjuk, kita tak kuat.
Kita bukan diutus bersama, bukan.
Kau senyap tanpa bicara,
Kau berubah tanpa sebab yang aku ketahui.

Kau tahu hati ini sakit?
Ah tidak. Kau lelaki,
Kau punya rupa dan kelebihan, 
Seolah kau punya segalanya.
Difikirkan siapa sahaja diri ini buatmu.

Aku hanya perempuan yang sedang mencari cahaya,
Sedang belajar,sedang hijrah,
Masih perlu bimbingan.
Ada yang lebih layak buat kau.
Aku sedar.

Ini juga takdir.
Aku redha.
Aku yang meminta,
Minta? Bila?
Dalam doa,
"...jika dia bukan yang terbaik untukku, jauhkan lah hati kami"
Mungkin ini yg menjawab doaku.

Allah turunkan sakit pada aku,
Sbab terlalu berfikir tentang kita,
Padahal mungkin aku sahaja yang over,
Kau sedikit pun tidak hairan.
Biasalah, perempuan,
Mudah perasan.

Aku berdiam diri,
Aku pendam,
Tiada siapa tahu apa yang aku pendam.
Aku malu untuk berkongsi.
Malu, 

Aku hanya mengadu pada Yang Satu,
Aku mengadu.
Aku minta semangat,
Aku minta penguat.

Sehingga ditakdirkan,
Teman rapat memberi kata,
"Sabar. Banyak berdoa. Ada yg lebih baik menanti org baik mcm awak."
Sebab kata-kata itu, aku bersemangat baru.
Aku senyum sambil air mata yang membasahi pipi.

Hati aku mula tertutup untuk mencari 'sesiapa'.
Satu yang katakan,
"Pengalaman dah ada, semua menyakitkan. Cukuplah selama ni. Aku pasrah pada jodoh."
Aku serahkan hati dan cintaku padaMu ya Allah,
Jika tiba masanya kau takdirkan aku mencitai jodohku, kau kembalikan semula padaku,
Sungguh aku lemah mengurus hati ini.

Dah.
Hati aku dah kembalikan pada yang memilikinya.
Perasaan pun, cuma aku perlu kawal nafsu dari syaitan.
InshaAllah.



Cukupah semua itu,
Aku percaya pada takdir.
Aku tak salahkan sesiapa,
Ini semua takdir.

Belum tiba masanya untuk aku berfikir tentang itu,
Belum.
Sekarang aku harus fokus pada belajar,
Belajar.

Mama kata kahwin bila dah ada degree,
Tapi kalau jodoh cepat lepas diploma pun takpe.
Eh tak,
Lepas degree lagi bagus.

Aku punya impian mengambil degree dinegara orang,
New Zealand,
Aku merancang, aku usaha,
Moga dipermudahkan,
Dimakbulkan,
Sebab Allah sebaik-baik perancang.

Wahai jiwa remaja,
Dekatkanlah dirimu dengan Allah,
Dalam kau enjoy, kau bawa Allah bersama,
Pasti kau tak terbabas.

Wahai jiwa remaja,
Usah kau sibuk tentang jodoh,
Kerana itu rahsia Allah,
Jika terasa ragu ragu,
Istikharah lah kau berturut,
Semoga diberi petunjuk.

Wahai jiwa remaja,
Kau simpanlah kelebihanmu,
Usah kau bongkar mahupun berikann
Sewenangnya kepada ajnabi,
Simpanlah buat bakal zauj mu,
Semoga dia juga menyimpan buatmu.

Wahai jiwa remaja,
Jika mahu yang terbaik,
Usaha lah utnuk jadi yang terbaik,
Semoga kau peroleh yang baik-baik.

Wahai jiwa remaja,
Sebelumkau menjaga hati yang lain,
Jagalah hati kedua orang tuamu,
Mereka yang mebesarkanmu.

Wahai jiwa remaja,
Yakinlah,
Jika kau bersabar,
Jika kau usaha,
Jika kau berdoa,
Allah pasti menolongmu,
Disaat kau sudah habis dayamu.

Wahai jiwa remaja,
Kuatlah kau dalam menempuh ujian dunia,
Kerana Allah menjanjijan taman indah,
Syurga itu mahal harganya.

Wahai jiwa remaja,
Nukilan ini buat dirimu sendiri,
Bukan sesiapa,
Untuk menaikkan semangat mu.


Wahai diriku, adibah,
Kau diletakkan harapan dibahu untuk menjadi harapan keluar,
Mewarisi kerjaya kedua orang tuamu,
New zealand permintaan ayahmu,
Kabulkanlah adibah,
Seelah beribu ribu dikorbankan buat mu.

Adibah,
Usah kau bicara tentang keperluan,
Segalanya lengkap,
Bicaralah tentang usaha,
Usaha sehabis baik,
Allah bersedia menolong mu.

Adibah, 
Bersyukurlah menjadi dirmu,
Dilengkapi keprluan rohani dan jasmani,
Disayangi dan dibelai sentiasa.

Adibah,
Ingatlah setiap manusia punya masalah,
Walau mereka tersenyum,
Mereka punya masalah,
Mungkinlebih besar dari masalah mu,
Berhenti membandingkan dirimu.

Adibah, 
Hormatilah orang lain,
Walau mereka menyakitimu,
Percayalah, mereka mengajarmu,
Erti kematangan.

Adibah,
Kuatlah semangat demi masa depanmu,
Impianmu mahukan segalanya indah,
Keluarga bahagia,
Kehidupan selesa,
Kebahagiaan dicipta.

Cerita hanya untuk peringatan diri.
Aku tak perlu sesiapa membacanya.
Aku tidak menjemput sesiapa membacanya.
Bacalah jika engkau mahukan semangat jiwa remaja,
Bacalah.

Abaikan jika hatimu sedang memusuhiku,
Takut-takut niatku untuk menaikkan semangat sendiri,
Disalaherti menjadi "sebar cerita".
Abaikan.

Sesungguhnya Allah mengetahui niat setiap hambanya.

Sekian,