Redha dalam sedih.

Assalamualaikum.

Rabu, 24 July 2013, 15 Ramadhan 1434H.
Aku rasa macam aku tak nak menjalani hari rabu. Kenapa hari rabu? Entah, aku pun tak tahu. 
Pergi kelas macam biasa. Pukul 2 mulakan pengurusan permohonan MARA. Kalut. Macam ibu nak daftar anak baru dilahirkan rasanya. Ceh macam pernah ada pengalaman pula gayanya haha tapi takpe, sabar. Ayat kasarnya "kau nak minta bantuan dari orang, ikut je la dia nak apa." Okay.

Jam pukul 4.30 petang. Aku tak ada nafsu nak makan apa langsung. Well, alhamdulillah puasa tahun ni kat tempat baru, azam baru, nafsu baru. Nafsu apa? Tahun ni sikit pun aku tak teringin nak makan apa-apa. Apa yg depan mata beli, makan janji kenyang mampu hidup. Kalau dulu zaman persekolahan, bagi not 10 pun tak cukup bila jelajah bazaar. Puasa 30 hari, jangan ceritalah berapa kali "haji mabrur" aku dapat. Tak faham? abaikan.

Balik mahallah (rumah kat kolej aku dipanggil mahallah, jangan tanya mahallah tu apa. Aku belum cari maknanya) aku rasa macam apekehal bersepah nak mampuih tempat aku ni. Tak la sepah mana, tapi bagi golongan melancholyc macam aku tu kira bersepah lah. Atas meja ada buku (biasanya buku aku simpan bawah meja. Aku tak suka serabut mata aku pandang atas meja ada buku macam buku tu menjerit "weh kau belum siapkan aku weh!" padahal buku tu tkda kerja pun.) Then notice board bersepah notes, aku pandang notice board kerut dahi, berombak hati nak marah macam notes tu bukan aku yg tampal. Haha kejadah apa la adibah ni. Lalu aku check satu persatu note mana dah boleh buang aku buang. Then aku susun balik. Masalah sangatkan notes pun nak kecoh. Suka aku la, nb aku kot. Buka locker baju tersangkut tapi tak seimbang susunanya mula la aku nak membebel sensorang ibarat mak bebel kat anak "engko ni, mak dah ajar susun baju tu lipat biar sama panjang, hanger jarak jarak jgn himpit, buruk rupanya" Pastu setiap level locker aku kemas balik padahal tengah penat gila tadi on the way balik aku dh plan balik mandi solat tidur. Tapi tengok tempat sendiri buat rasa mcm tak selera nak hidup, abaikan lah tidur tu. 

Siap urusan duniawi, aku tidur walaupun aku tahu tidur waktu asar tak bagus. Aku memang the type of aku dah tahu benda tu tak bagus tapi aku buat juga selagi aku tak nampak apa yg tak bagusnya. Aku suka logik yang aku nampak. Setakat kau cakap "nenek aku kata tidur lepas asar tak bagus, nanti gila." Aku rasa "ala apa yg gilanya, karut karut" Then aku the type of suka nak fikir positif untuk mempositifkan yang negatif supaya apa aku buat nampak betul je. Haha teruk kan. Tak ah, biasa je. So aku jawab "nenek kau cakap macam tu sebab takut kau terlajak sampai maghrib" Ya ya je aku ni. Normally, aku tidur then aku set jam nak bangun pukul berapa. So aku set 6:00 pm.

Pukul 5:44 pm, aku terjaga then aku terus pegang phone. Aku jenis yang bangun-bangun cari phone dulu sebab nak tgk pukul berapa, ada sesetengah manusia, bangun tengok phone sebab nak tengok boyfriend ada text tak. Tapi aku tak, aku tengok jam. Kadang-kadang aku tengok jam tu pukul berapa tapi agak-agak aku tak puas tidur aku cakap jam tu tak betul. See aku memang macam ni. Aku ada tips kalau korang tak puas hati dengan jam tu macam "hadoi aku baru nak tidur kot engko dah bunyi. ish" korang ingat balik kenapa set jam? Kalau aku, aku monolog macam ni bila rasa malas menggunung nak bangun "tak iron baju lagi, beg tak kemas lagi, nanti kelas blablabla lambat datang kena rushing sure spoil the day. Ah aku kena semangat." lalu aku istighfar pastu bergegas capai towel dan ke shower. Tu la dia tipsnya. Kalau engko nak marah jam je pun tak guna sure engko tak bangun sampai bila-bila. 

Tips ni aku guna masa bulan puasa kat kolej. Well kat kolej mana ada mak ayah yang tolong kejutkan then gi meja makan dah terhidang. Sendiri kena buat lah. Dalam rumah aku, aku lah mak. Hak hak hak. Setiap malam sebelum tidur aku akan fikir nak sahur apa. Kadang-kadang masa iftar housemates dah bincang nak sahur apa. Diaorang tahu bincang je, aku yang buat heh. Tapi takpe, aku tak kisah sebab seronok apa bangun sahur buat makanan untuk satu rumah. Setiap yang kita lakukan membuatkan kita rasa tak ikhlas mahupun merungut contohnya "ish asyik aku je bangun masak. mana aci" hello aci kat india laaa (lawak sekolah rendah) tak pun "aku harap dapat upah masakkan diaorang ni." gaya macam engko masak, engko tak makan kan. Huh. Nak mengatasi ni semua aku cakap "kalau aku tak bangun, aku tak sahur, aku yg lapar. Apa salahnya buat semua ni, pahala kan memberi makan orang puasa. Aku dapat bangun awal sebab takdir Allah, Allah pilih aku so aku kena lah manfaatkan. Dapat pahala." Tapi aku tak pernah la monolog nak upah bagai. Dosa. Tak ikhlas nanti tak sedap padan muka. Haha. Macam poyo kan, tapi tanpa kepoyoaan aku ni, aku tak bangun memasak ok. Satu je aku bangga dengan comments housemates aku : "diba tidur pukul 2, boleh bangun siap masak nasi goreng lagi. Dah boleh kahwin dah ni, masak untuk suami." masa tu dia cakap muka serious gila. AKu tergelak je "haha setakat nasi goreng dah boleh kahwin , hari-hari laki diba makan nasi goreng haha." aku tengok yg lain muka angguk-angguk je tak gelak sikit pun. Aku cam pahal semua serious ni. Oh baru bangun kot. Then "tak lah, sebab dah boleh masak sahur tu point akak." Alahai, ilmu rumah parat dada je kot, belum layak nak kahwin. Haaa pebenda aku merapu ni. OK dah.

Nak share sikit, pernah satu hari ni bekalan memasak dah habis tau. Then tak tau nak masak apa. Aku sedar pukul 4 pagi tapi aku sengaja taknak bangun. Sorang housemate aku kejut aku. Nama dia fyka. Dia lah jam kedua aku, kalau aku tak terbangun dia yg kejut untuk aku memasak pastu dia tidur balik haha. AKu cakap kat dia "eh jap, ada makanan ke weh?" "entah, tkda kot." dia nak kejutkan dua lagi roomates aku. Aku cakap " eh jgn kejut diaorang, tkda makanan. Sahur sendiri-sendiri je. AKu taknak sahur." Hahahahaha apebenda tah aku jawab dalam mamai ni. Dia pun munurut perintah "mak" dia gi tidur balik. Sampai aimi pulak kejut aku, aku cakap tkda makanan takyah sahur la. Lalu aimi kejut semua orang then aku dengar orang memasak, dia masak telur kicap haha pun boleh lah. Ada je makanan, aku je entah kenapa malas nauzubillah.

Sambung cerita berdasarkan tajuk tu, haa aku bangun seolah seolah aku tahu ada orang nak call. Sebab bila aku bangun pegang phone, terus terpapar "Home" maknanya rumah aku call. Aku tak rasa apa pun time tu sebab since tu hari aku settle kan mara mesti mama ke ayah call kot nak tanya progress benda tu. Tapi lain jadinya. "Hello." "Diba...nenek dah tak ada." (sambil menangis) Aku cam terkejut gila. AKu anggap oh tak, salah dengar. "Apa?" "Nenek dah tak ada..Ayah baru call akak. Akak tak sempat nak tengok nenek petang ni sebab akak sibuk masak. Nani Cik Leng ambil kau, kau contact lah dia camana eh." "Inalillah. Sabar ya kak. Jangan nangis." Aku letak phone aku macam tak percaya apa yang dengar. Pertama dalam hidup aku aku terima panggilan macam ni. Sebelum ni, atuk belah mama aku baru darjah dua. Aku tak berapa mengerti bila mama ambil aku dari sekolah agama, aku tukar pakaian dalam kereta sambil otw ke hospital klang. Sampai hospital, atuk tengah koma ayah tak bagi aku masuk. 

Aku dah cakap tadi aku jenis suka mempositifkan diri sendiri utnuk mengiyakan apa yang aku rasa. Aku cakap kakak berlakon je. Lawak ke weh benda macam ni buat berlakon pulak. Aku capai towel then mandi. Dah sejuk gila kot mandi tu. Sambil aku menangis sebab baru sedar apa yang kakak cakap tadi. Menggigil aku dalam shower tu menahan sejuk. Aku keluar phone bunyi pakcik aku call bagitahu dia dah keluar rumah. Fyka masuk bilik gaya orang bosan sebab memang kalau petang-petang depa semua lepak bilik aku, borak-borak. Aku panggil dia, fyka...nenek aku meninggal. Dia terus peluk aku. Aku tak boleh orang peluk aku mesti aku lagi sedih. Aku text azwa. Dia terus datang bilik, peluk aku. Time tu aku lemah, aku sedih. Hanya air mata yang mampu berbicara. Aku tahu ni semua ketentuan Allah. Aku redha, cuma aku sedih. Sedih yang bukan aku tak terima kenyataan. Sedih aku hilang nenek yang aku hidup bersama. D

Dulu aku balik tadika aku duduk dengan nenek. Aku suka mandi dengan nenek. Sebelum pergi sekolah nenek bedak kan aku. Dia yang siapkan baju, tudung, nametag, beg, bekal. Family aku duduk dengan nenek sampai umur aku 6 tahun. Benda paling kecoh setiap pagi, nametag aku hilang. AKu dari kecil bencikan ketidaksempurnaan. Nametag takda boleh jadi hal mak ayah aku gi sekolah lewat sebab cari benda tu. Stokin tak pair boleh jadi aku tak gi sekolah. Pair maksudnya, kan stokin tadika ada tapak warna biru, hitam. Kalau sebelah biru sebelah hitam mau aku campak stokin tu. Tak bagus perangai amcam aku ni, tapi budak kan. Nenek yang tahan dengan aku. Balik sekolah aku nenek dengan atuk naik motor gi morib jalan-jalan sambil makan jajan. Tidur dengan nenek. Semuanya nenek.

Sampai umur aku tujuh tahun, darjah satu. Ayah buat rumah sendiri depan rumah nenek. Tak jauh mana pun, berjalan tak sampai seminit dah sampai. Biasalah rumah baru, ada je penghuni tak diundang dah duduk situ lepastu masuk dalam jasad aku. Tapi jin yang masuk tu jin islam baik sikit lah sebab apa aku buat mesti aku nak bersama ayah, contohnya solat. Aku mesti nak full solat. Kalau aku tertidur lupa solat habis satu rumah kena maki dengan aku sebab tak kejut. Then solat mesti nak jemaah. Ayah waktu tu sekolah dia kat kanchong tengah, jauh juga dari rumah, tapi sanggup balik waktu zohor untuk jemaah dengan aku. Dahtu, dahlah mengada nak jemaah je then nak semua bacaan dalam solat aku nak dengar ayah baca pastu aku ikut. Mana ada imam baca kuat semua bacaan termasuk sujud, rukuk. Haha aku ingat balik amenda lah aku ni. Bila aku demam lagi teruk, aku nak sesuatu benda tu aku pastikan aku dapat kalau tak semua pintu aku hempas. Aku ada adik baby masa tu. Mama baru bersalin, kadang-kadang mama sedih dengan perangai aku asyik memaki orang smua salah kecuali apa ayah aku buat semua betul. Mama kunci bilik aku, tak bagi aku masuk bilik. Masa tu nenek je positif dengan aku, nenek je kawan dengan aku. Yelah masa tu bukan aku yang buat semua tu, semua tu ada yang mengawal aku.

Sampai lah nenek dah berusia, dah tak mampu membela haiwan, membuat kuih, memasak dan sebagainya. Nenek dah tak mampu berjalan seperti dulu yang setiap hujung minggu maklong bawa dia pergi Econsave, aku tolong cari barang nenek lepastu nenek bagi upah beli apa je aku nak. Nenek dah tak mampu semua tu, Allah takdirkan hidup nenek bergantung dengan wheelchair. Sihatnya dia apabila dia mampu menyapu halaman rumah dengan wheelchair. Walaupun ada bibik yang buat semua tu, dia tetap nak buat kerja kerja membersih. Nenek sangat cerewet bab kebersihan. Bila dihalang dia kata "aku sihat, aku boleh menyapu sikit sikit". Biarlah dia buat asalkan dia bahagia. Aku selalu nampak nenek menyapu halaman rumah dengan kerusi rodanya. Kadang-kadang betulkan susunan pasu bunga. Bungkus mangga yang hampir masak. Semua tu dia buat sambil atas kerusi roda. 

Dulu, bila aku balik dari asrama, aku ambil alih tugas mandikan nenek sebab dia tak mampu mandi dengan sempurna. Setiap hari dia bangun mandi, setiap subuh dia bangun tapi dia cuma mampu angkat gayung siram badan. Sabun pun sikit-sikit. Jadi, mama ajar aku untuk mandikan dia dengan sempurna. Mama kata "sementara nenek ada, buatlah. Apa salahnya." Aku pun buat. Bila aku lupa nenek panggil minta mandi. Satu harini aku nak mandikan dia tapi dia kata taknak. Dia nak maklong mandikan dia. Aku cakap takpelah maklong balik petang, biar aku mandikan. Dia muka masam. Bila dah duduk atas kerusi kat bilik air, aku cakap "kenapa nenek taknak adik mandikan?maklong kan balik petang." Nenek menangis "Nenek taknak susahkan adik, adik tak jijik ke mandikan nenek. Nenek tak bersih, adik kena cuci semua kat nenek. Nenek takut adik rasa jijik dengan nenek." Aku macam nak menangis waktu tu. Kenapa nenek rasa macma tu, AKu sikit pun tak kisah sebab aku teringat dulu aku baby sampai kebesar nenek cuci kan najis aku. Kenapa sekarang aku perlu jijik. "nenek cakap apa ni. Adik tak kisah pun. Dulu nenek mandikan adik, sekarang adik amndikan nenek. Nenek jangan cakap macam tu. Adik lupa nak amndikan sebab adik buat kerja bukan sengaja taknak mandikan. Nenek akalu ank mandi dua tiga kali sehari pun takpe, nenek panggil je adik." Nenek angguk angguk sambila aku menyiramkan air ke tubuhnya. 

Siap mandikan aku bedakkan dia, wangikan dia. Pakai baju. Sikat rambut. "Alhamdulillah nenek dah wangi. Nanti maklong balik penat-penat tak payah mandikan nenek sebab adik dah mandikan. Adik balik dulu, nanti apa-apa panggil ya." "Terima kasih dik." AKu rasa puas hati aku dapat buat semua ni kat nenek. Bila awal ramdhan tahun ni, aku balik ennek nampak lemah. Aku rasa macam kenapa dengan nenek. Aku jumpa dia, dia memang lemah melalui suara dia. "Nenek demam ke?" "Tak. Nenek sakit badan. Haritu nenek jatuh tau. "Laa jatuh kat mana? Bilim air ke?" "Tak, kat bilik, nenek nak bangun dari kerusi ni, nenek lupa nak kunci kerusinya, nenek bangun kersuinya gerak, nenek jatuh." Aku rasa ya Allah sakitnya bila jatuh tersembam macamtu. Nenek biasa bangun dari kerusi ke katil dia akan pegang kerusi tu sambil bangun, kalini dia terlupa kunci so kerusi tu gerak.

Isnin, aku kat kolej dapat whats app ayah "Nenek masuk hospital petang tadi." Aku risau. Kaka hantar benda yang sama. Nenek kena jangkitan kuman kat parut-paru. Sehari lepastu, kakak bagitahu nenek kat ICU. Aku lagi risau, aku menangis. Aku minta rumah aku buat solat hajat untuk nenek. Alhamdulillah housemates aku semua baik belaka, aku sayang diaorang. Diaorang sentiasa bagi semangat dan doakan nenek. Macam tu juga kawan-kawan aku. Thanks Azwa and Amni. Sayang korang. Kakak text lagi ingatkan aku jangan putus doakan nenek. Setiap masa aku bersama Al Quran, sumber kekuatan aku. AKu baca Yaasin kat mana pun walaupun masa free seminit. Bila hujung minggu aku nak balik, masuk kereta ayah "Sihat?" "Hm sihat alhamdulillah." "Tadi ayah dari hospital, maklong cakap nenek kritikal." Tak ada lain yang aku kecapi selain AlQuran.Aku rasa macam apalah sangat aku nak menangis, bulan puasa pun. Baik aku abca dan sesungguhnya pahala tu aku sedekahkan kat nenek supaya sakitnya diringankan. 

Sambil aku mengaji, aku terdengar esakan ayah. Aku tersentuh, ayah yang selama ni aku tengok ceria, kelakar, kuat. Kalini dia menitiskan airmata dengan senyap sambil mulut terkumat kamit. AKu terus membaca. Sampai hospital aku tengok semua orang ada. Aku masuk salam mama, kakak. Kakak kata nenek ok. Aku tahus emua cuba nak sembunyikan dari aku. Sampai giliran aku dapat masuk tengok nenek. AKu mencari katil nenek. Sebab cuma 2 orang dibenarkan masuk. Aku tak nampak mana nenek sebab pesakit yang aku lalu tu semua berselirat wayar kat badan, muka, topeng. Aku nampak ayah, so tu katil nenek. Alahai terseksanya nenek diskopkan pernafan kat muka, bermacam mesin cuba disambungkan kepadanya. Aku pegang jari nenek tanda salam. Nenek pejam mata masa tu, ayah usap kepala nenek. Aku kcup dahi nenek "nenek..adik datang ni." Nenek perlahan-lahan buka mata. "Dibah ya?" "Ya nek.." "Adik..." sambil air mata dia menitis. Aku pegang tangan ayah aku senyum, ayah menangis. "Ayah jangan nangis depan nenek. Ayah kena kuat." Ayah terus lap air mata " ayah keluar dulu. Adik borak dengan nenek." Aku cakap "nenek sakit ya?" nenek angguk lemah. Nenek cuba menyampaikan sesuatu tapi aku tak faham. Waktu tu ada doktor buat sesuatu dengan mesin mesin. Nenek seperti merungut. AKu tahu enenk rimas semua wayar, nenek sakit. "Nenek sabar ya, sikit je. Nak baik kan? Ikut cakap doktor. Nanti doktor marah. Sabar ya nenek, banyakkan istighfar. Ingat Allah. Nenek akan baik tak lama lagi kita puasa ya." Aku dengar nenek cakap "Allah..allah..allah.." Nenek tak ponteng puasa sepanjang sebelum dia masuk ke hospital. AKu tak mampu tahan hiba dalam tu, aku pilih untuk keluar. "Nek, adik balik dulu. Adik sentiasa doakan nenek moga Allah sembuhkan. Nenek kuat ya. Semua sayang nenek." Nenek terus "Allah..allah..allah.." Aku nampak lemahnya dia waktu tu. 

Sampai hari ahad, aku nak balik kolej semula, aku jumpa nenek dulu. Cari kat ICU tak da nama. Guard kata nenek dah dipindahkan ke ward biasa. AKu dengan ayah waktu tu bersyukur sangat tanda tanda dia nak pulih dah ada. Sampai wad nenek tengah kena periksa dengan nurse. Nurse pandang mesin sambil geleng. Aku tak faham apa yang nurse maksudkan sebab aku dulu ambil science engineering aku tak faham pun apabenda yang mesih tu cakap. Nurse tu cabut sesuatu kat nenek dan pergi. Nenek buka mata sambil bernafas dengan payah. Memang nampak dia bernafas macam berat jantung tu. "Aku kat mana ya? " Dia tanya ayah. "Mak kat hospital. Kat wad. Nak baik dah. " "Mak ingat kat rumah." Aku "nenek dah rasa sihat sikit kan? " Nenek angguk. Bibir nenek kering sebab dah lama tak minum. Cuba ubat yang mengisi perutnya. "Nenek dah 18 hari tak makan dik." Aku terkejut. Aku kira balik baru 7 hari dia kat hospital. "Eh taklah, 7 hari je nek. nanti nenek sihat doktor bagi makan." "Tak. 18." aku tahu nenek terasa begitu lamanya dia kat hospital. "Nenek nak makan apa kalau dah sihat?" "Sayur bening dgn nasi putih je." "Nanti esok-esok nenek sihat bibik buatkan sayur bening ya." "Atuk ada?" "Atuk tak ada, nanti kejap lagi dia dtanag dengan mama, kakak, ayip, anwar." "Adik nk balik sana ke ni?" "Haah, nanti jumaat adik balik lagi jumpa nenek. Nenek ikut cakap doktor ya, nanti cepat baik boleh balik rumah."  Nenek angguk. Aku balik dari hospital dengan doa semoga hari balik seterusnya aku dapat jumpa nenek kat rumah. Tapi..

Allah lebih sayangkan dia bilamana dia dijemput terlbih dahulu. Malam sebelum tu, mama call. Aku tanya nenek macamna mama kata nenek demam panas. Semua ornag bersangka yang baik-baik bila satu persatu dari nenek pulih. Rupanya nenek akan diambil nyawanya. AKu balik dah ramai orang kat rumah. Ini lah kali pertama aku alami situasi ni dirumah sendiri. Inilah kematian pertama dalam rumah. Kullu nafsin zaikatul maut. Kematian itu pasti. Kakak masuk bilik peluk aku "Akak tak sempat nak jumpa nenek, akak masak kejap macam biasa lepas tu nak jumpa nenek, ayah dah call nenek tkda. Semalam akak baru jaga nenek, akak cuci najis dia. Tapi harini akak tak sempat jumpa dia.." Aku faham perasan dia sebagai cucu pertama, dia yang banyak bersama nenek sepanjang nenek sakit sebab aku tengah belajar, dia dah cuti panjang jadi memang dia lebih berpeluang menjaga nenek. Kakak tak pernah putuskan bacakan nenek yaasiin. Sampai tertidur dengan telekung. Aku faham perasaan dia. Malam tu aku lalu depan jenazah nenek yang dah terselimut, aku cuma nampak wajah nenek yg ditutupi tudung putih. Aku tak nak pandang dengan betul. Aku taknak aku menangis sebab nenek baru pergi, dia masih boleh lihata apa anak cucunya buat. Aku menangis sekadar air mata. Bila aku dengan kakak membaca depan jenazah, ada tetamu yang buka tudung tu, aku tengok terus menangis, jenazahnya tersenyum, muka yang suci tak seperti seorang nenek. Aku menangis seolah aku nampak nenek tersenyum. 

Ayah sebagai anak lelaki yang sulung bagi sedikit tazkirah lepas tahlil keluarga, ayah minta agar semua pengurusan biar anak cucu dia yang uruskan. Aku nekad aku nak mandikan nenek. Tu yang ayah minta agar yang kaum perempuan uruskan mandi dan balut jenazah. Aku bersyukur aku dh belajar cara meandikan jenazah. Bila jenazah diletakkan diatas riba, mama ketap bibir sambil nangis, aku cuba tenangkan mama. Tapi aku pun tewas, bila aku sendiri menangis sebab "Aku pernah dimandikan olehnya, aku pernah bermandi denganya, aku pernah manikan dia disaat dia masih bernyawa, kini aku mandikan dia ketika dia sudah tidak bernyawa dan ini kali terakhir." Perlahan-lahan aku cuci tubuhnya sambil berselawat. 

Sampai akhirnya aku melihat sendiri nenek dimasukkan ke liang lahad, mukanya dihadapkan ke kiblat, tanah dikambus semula. Aku sudah tidak menangis waktu tu cuma aku bermuhasabah dalam diri, akhirnya ketanah jua aku dikembalikan. Aku nekad dalam diri, aku tak boleh menangis tak boleh sebab nenek taknak tengok menangis. Biarlah dia melihat kita semua redha dengan pemergiannya agar mudah dia sampai kesana. Sampai talkin dibacakan, tersentap hati mendengar talkin. 

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ingatlah wahai sahabat, dunia hanya sia-sia. Akhirat selamanya. Jadikanlah dunia sebagai persinggahan mencari bekalan mendapatkan secukupnya untuk akhirat. Aku redha sesungguhnya Allah lebih sayangkan nenek dari kami. Kalau bukan sekarang pun pasti akan tiba suatu masa nanti. Masanya sahaja tak tahu bila. 

Ayah pernah cakap kat aku masa otw balik ke kolej "Ayah memang tak semangat nak sambut ramadhan, ayah rasa apa tak kena. Aku nak mati ke bulan ramadhan ni. Rupanya satu persatu ujian ayah dapat.." Pelbagai ujian kami tempuh yang menguatkan lagi ukhuwah kami sekeluarga. 

Semoga roh nenek dicucuri rahmat dan mendapat ditempat di syurga Allah.
Al Fatihah.