Blog walkers

Welcome blogger and readers (: this blog just look very simple and crowded maybe. the stories are sometime bored, nonsense and best. But for your information,i treat my blog like my diary. So its up to me to write everything. Keep in touch and follow my blog. And dont forget to leave a comment beside on my story. Its the first step for me to improve the quality of my blog. Thank You

24 April 2013

Huh

Hi. I do miss my blog. My friend who im talking a lot to. As i told you why i do love blogging. Oh yeh i dont think to write the entry that i wrote before. Just waste the time duh. Today was 23 April 2013. Wow time flies faster. And i will turn to 18 such a big numbers right. But yeh for i am proud and greatful for being myself. I've best family that never give up give me advices, supports and everything. I've friends that cheer me up all the day. Its more than enough to have them in the life. 

That was tiba-tiba aku rindu sangat zaman sekolah. Mesti macam wonder kan kenapa tiba-tiba mesti ada sebab.Yes setiap yang berlaku ada sebabnya. Sebab aku ; sejak pukul 2petang tadi hujan mula turun diiringi guruh yang sangat kuat. Asalnya aku dengan wawa plan nak gi Secret Recipe lepaskan ngidam. Dia ngidam Spaghetti Bolognese tu. So hujan pun lebat sangat. Adalah berbahaya memandu ketika hujan. So cancel plan. Since guruh punyalah berdentum kuat so matikan wifi. Memang dah nak buat apa lah kan wifi mati. Bacalah novel yang aku pinjam dari juwa ; Dia Milik Kita. Macam sweet kan. Tapi biasa je tak overjiwang pun. 

Bab awal cerita zaman sekolah. Aku ni kuat imaginasi, tapi kalau imaginasi bab LK tu no way lah! Aku pun bayangkan situasi yang cuba disampaikan penulis tu dengan nama nama watak yang ugh somat kateko. Aku ni pantang nama sedaaap sure aku cop handsome/lawa. Haha. So memang seronoklah ceritanya. Dia pun bercerita pasal hari pertama sekolah what so on semua tu. Tu lah tiba-tiba datangnya "Huh rindunya sekolah." Like seriously 5 tahun sekolah takkanlah tak rindu kan. Tipu aa tak rindu.

Paling aku rindu masa form 4 dengan form 5. Sebab dua tahun tu kitaorang sama kelas so memang tak rasa new year sangat lah sebab macam rasa cuti lama pastu masuk sekolah balik. And i admit that aku lebih rapat dengan classmates masa form 4 dgn form 5. Tak kira lah lelaki ke perempuan semua umph best! Speechless ni sebenarnya nk cerita macam mana sebab excited sangat nak share schoolhood aku yang aku rasa oh amazing & best gila!

Masa form 4, aku tak terlintas langsung aku akan dapat kelas Delta (Science Engineering) sebab aku memang dah "Ya Allah janganlah aku dapat delta!" Sekali masa first day tu aku kumpul dengan kelas masa form 3 dgn geng hostel. Then eely bagitahu aku rina dia satu kelas. Dorang macam yay lah gang satu kelas. Aku diam je pastu "Ala aku taknak do delta aku ni mana lah boleh benda LK TK tu." KH aku pun ni PMR baru A. Masa form 1 form 2 pun harap UB 1 je A. Pastu lain-lain acah acah je nak A, kadang-kadang C. Masa tu gred paling tingtong E kan. So C pun aku dah kena panggil dengan Ckg Yus macam kalau sekarang fail Addmath kena brainwash. Haa mcm tu la. Tapi aku sayang Ckg Yus, dia vougue. Kitaorang dah macam kakak adik dah kalau gossip. Haha k.

Tapi aku redha je lah masuk Delta dengan tekad yang tinggi aku nak tukar Gamma (Perakaunan). Tapi lepas semangat dari kawan-kawan, cikgu-cikgu aku pun tabahkan diri kat Delta tu sampailah ke SPM. Sayang tau sebenarnya nak tinggalkan kelas tu. The very happening and sucks class. Memang masa form 4 macam awkward la masuk kelas tu semua budak dari kelas berlainan. Macam satu dua je yang dari kelas sama form 3 dulu. Then aku rasa macam apa do budak-budak ni bising je. Tapi merepek dia orang sumpa first day aku dah penat gelak dengan elly. Diaorang punya keletah loya buruk apa semua memang la. Then macam aku selamba je menyampuk macam dah kenal lama. 

First day aku dah kena gelak dengan diorang sebab pakai Bfirst. Tapi bukan lekat punya pun, yang tali aa. Aku rasa cam comel en pakai tu haha. Diaorang pun punya sakat macam lama dah kenal aku. Kuangja sangat cakap "Eh aku ingat nk beli cam kau do tapi yg lampu-lampu punya tu semat en." Marah memang marah lah tapi cara dia cakap aku tak jadi marah. Haha. Then macam biasalah minggu pertama tak berapa belajar sangat. Time tu guru kelas Cikgu Termizi. Comel je orangnya. Dia bagi masa sehari untuk bincang siapa ketua kelas and penolong semua tu. Kita orang ni memang tak lah nak bincang buka meja buat undian apa semua tu. Lain yang jadi nanti. So masing masing macam buat tak tau je pasal benda tu.

Sampai cikgu masuk "ok seperti yang saya minta, harini saya nak keputusan organisasi kelas. apa keputusan yang kamu dah bincangkan?" Haha aku dgn elly gelak je. Menda kitaorang ada bincang haha. Time tu aku dengan elly duduk dua dari depan tapi depan kitaorang takda orang. Cikgu pandang kitaorang je. Cikgu suruh aku kira berapa bilangan pelajar lagi amenda tah tapi last last "Saya lantik kamu jadi setiausaha sementara untuk catat kat depan, boleh?" Sebab cuma sementara aku angguk jelah setuju. Dah sampai depan macam biasa aa tulis ketua kelas penolong apa semua. 

Ketua kelas diaorang lantik Amin. Amin ni memang sejak dia form berapa tah dia je ketua kelas. Sampai dia pun "woi takkan aku lagi, muak aa." Sampai kat penolong kelas krik krik. Cikgu kata nak perempuan. Semua diam sebab perempuan cuma 10 org je kot time tu tapi sikit dari lelaki. Cikgu kata biar dulu yang penolong tu. Dah habis semua jawatan aku duduk la. Cikgu cakap "Adibah, kamu jadi penolong boleh?" Aku macam eh apasal saya. Aku malas tau sebenarnya ada jawatan penat walaupun dalam kelas sure lagi dapat classmate macam tu. Aku pun macam eh taknak lah saya. "Takpe, sementara nanti kita dapat nama baru awak tukar la." Em yela. Habisnya memang sampai akhir tahun aku penolong haha.

Paling aku tak lupa ada suatu masa ni firdaus lagi zahim panggil aku dibo. Aku macam amenda dibo ni. Siap nyanyi bagai. "Apa dibo tu?" Rupanya cerita cartoon Dibo The Gift Dragon mana lah aku tau. Aku bukan tengok cartoon. Hari hari tanya "kau dah tengok belum cerita dibo?" Lupa ke aku asrama hm. Then dia siap salinkan liriknya bagi aku "nah ni lirik yang aku cakap." Haha terharu gila aku dia salin by hand atas A4 semata nak bagi aku, tak minta pun. Haha aku simpan dalam pencil case, masa kelas malam Annaz kacau dia jumpa benda tu dia ejek aku naga pastu conteng kat situ gambar kucing tapi cakap naga. Bangang tak bangang. Sebab aku takut kucing. Last-last kertas tu hilang dah :( 

Form 4 aku dapat tawaran ahli sidang redaksi. Gurunya Cikgu Yus patutlah. Aku malas campur taknak sebab aku bukan reti edit gambar ke ambil gambar dgn angle betul ke. Lagipun mesti skip kelas kan. "Ala kamu ni. Saya tengok gambar kat fb kat blog tu lawa je ambil. Ah takda. Esok pukul 1 meeting kat bilik wawasan. Ok bye saya ada kelas." Macam tu je dia tinggalkan aku huh. Dalam meeting yang lain tunding aku bab ambil gambar. Sedih kena ambil gambar pakai camera sendiri. Haha. Memang la awal-awal skip kelas walaupun cikgu dah bagitahu yang aku sidang redaksi ada tugas, ada juga cikgu yang marah aku. Sedih. Sebulan jugalah tuang kelas. Tapi taklah full time satu dua waktu je las setiap hari. 

"Pergilah sana ambil gambar. Jangan masuk kelas saya lagi."- Puan Ng Lay Chin.
Dia guru BM yang sangat strict garang tapi kelakar. Garang dia siapa tak siapkan waktu tertentu masuk rekod kesalahan disiplin. Dia punya masa bagi kerja bukan macam cikgu lain harini buat esok hantar. Contohnya buat rumusan. Rumusan dalam SPM kena buat berapa minit yang dicadangkan? so ikut tu lah. Ayat dia "Ok masa dah tamat. Hantar sekarang!" Kalau macam masing-masing tak hantar/tak bangun/pegang pensel dia terus kemas kemas barang nak keluar kelas kalau waktu dia dah habis lah "saya kira sampai 3 siapa tak hantar saya tulis nama." "Saya keluar dari kelas ni saya dah tak terima buku kamu." gila kan? Tapi kelas kitaorang lagi dia acah lagi kecoh "Apa dah habis masa?" "Haaaa?" "Saya baru nak buat.." "Eh lagi sikit!!" 

Mula-mula awal tahun memang gelabah. Tapi dah lama rasa terbiasa. So ok lah, Kalau memang tak boleh siap hantar je yang tak siap tu. Mula-mula Cikgu gelak gelak je la tengok tak siap pun hantar. Tapi setiap satu hari dalam sebulan mesti dia check indeks siapa tak tulis and banyak yang hantar tak siap dibiarkan tak siap dia lempar buku kat lantai. Mood dia kalau angin sumpah seram. Ada satu hari kenapa tah aku lupa, dia nangis kot. Tapi sekejap jela. Tu pun beberapa yang perasan sebab dia sedih kot kitaorang tak faham-faham apa yang dia ajar. Bukan tak faham tapi entah lah hm. Waktu memang baru sedar subjek BM yang kita anggap senang skor, salah sama sekali. 

Memang masa form 4 kelas aku paling teruk markah BM masa ujian. Semua ujian ok. Sampai gagal pun berlambak. Padahal kelas hujung ada je yang A. Nampak tak betapa strictnya dia. Tatabahasa kena bagi makna pribahasa takda noktah terus salah. Gila kan haha. Aku paling teruk E lah. A sekali dua je. Tu pun dah akhir akhir tahun Walaupun A cuma cukup makan memang kitaporang dah rasa nak jerit kat dunia kitaorang A. Baguslah cikgu tu mengajar supaya teliti masa menulis bukan main belasah je. Dalam latihan pun dia buat benda sama.

Seterusnya subjek kimia. Teacher Keti. Lemah lembut baik apa semua. Tapi budak kelas aku kan semua benda dia nak berlawak. Sampai satu tahap cikgu terus bertukar jadi garang dah jarang senyum apa semua. Tapi diorang bukan kesah lagi disakat cikgu tu kadang-kadang cikgu kantoi juga lah dia gelak haha lama-lama dia cakap dia nak serius dengan kita dah takda main main sebab result pun tak membanggakan. Tahun form 4 kimia paling aku bangga masa ub2 ke ppt aku dapat B haha lepastu dah aa takda B lagi. Teacher keti ajar sampai form 5. Macam macam ragam dia dh faham dengan kitaorang. 

Ada satu masa ni form 5 time tu cikgu nak buat extra kelas setiap hari. Then satu hari ni ada banyak aktiviti Agama Islam anjurkan. Beberapa tu memang daftar lah nak gi kebetulan masa habis waktu sekolah. And waktu extraclss kimia. Memang menghampakan sangat. Budak lelaki semua pakat gi library. Tinggal beberapa je. Aku tak join aktiviti pendidikan islam tu so ada lah dalam kelas dengan budak laki cuma yang asrama je tu pun tak ramai kira kurang 20 orang lah. Time cikgu ajar ada suara suara mengeluh nak habis cepat. Cikgu sabar je "Ok kalau kamu siapkan cepat kita habis bincang balik awal." 

Then tak siap lagi dah bising nak balik budak tu. Sampai cikgu tak tahan cikgu kata "dahlah siapa nak balik pergi balik." Macam berlawan lah. Aku dengan amin "Kau ni ... sabarlah kejap lagi kan habis. Kau dh pandai sangat ke kimia. Aku pun penat tp sabar je la." Budak tu belakang aku time tu and amin kat tempat elly seberang aku, means sebelah aku laluan and seberang lah bukan sebelah. Kitaorang cakap perlahan bukan tinggi suara, tapi cikgu nampaklah kitaorg tengah bercakap. Form 5 aku duduk dgn hazwina. Cikgu terus nangis kemas barang turun bilik guru.

Aku memang takut sangat time tu. First time cikgu tu marah sampai nangis. Aku terus hilang kawalan marah budak "Hish! Puas hati kau sekarang? Dah lah gi lah balik sana nak sangat balik kan. Pergi la apa kau tunggu lagi?!" Nak je lempang tumbuk budak tu. Then hazwina kata sabar sabar. Amin "jap jap kau ni ... pahal buat cikgu cm tu? Dah dah sekarang ni kita nak buat macam mana? Cikgu dah marah do. Nanti esok esok cikgu dah taknak ajar kita. Dah lah dia kata dia nak suruh cikgu midah ajar. Kau nak ke? Ni nak exam dah do." Time tu dah nak exam ppt ke ub. Budak tu "ala sorry la aku bukan nak sakitkan hati cikgu. Aku cakap je cepat habis." Kau ingat cikgu tu batu ke takda perasaan. Dia dah diam je. 

Aku dengan amin truun nak jumpa cikgu tapi kat sana shakirah dah jumpa. Dia tengah pujuk cikgu, dia lapkan airmata cikgu. Sweet kan. Aku cam nak nagis pulak tengok. Kita orang pun masuk tapi cikgu tak pandang. "Cikgu saya minta maaf kalau ni semua salah saya. Saya memang nak belajar kimia cikgu. Jomlah naik ajar kitaorang biar je dia tu balik nanti kita aman boleh belajar takda yg bising nak balik. Cikgu jangan aa nangis." Amin speechless timetu haha poyo mamat jambu ni. 

"Dahlah, kamu pergilah naik sana. Janganlah semua turun. Saya dah takda hati nak ajar kelas kamu lagi. Takpelah kalau tak suka saya, saya tukarkan dengan cikgu midah. Dia ada option kimia, dia boleh ajar kamu." - Teacher Keti

Aku terus keluar bilik guru nagis kat luar. Amin sambung pujuk cikgu. Aku tersentap sangat. Sebab memang kimia tu susah kan. And kita orang pun macam selalu yess kalau takda kimia. Haha jahatkan tapi tak adalah terang terang nak cakap depan cikgu tak suka kimia. Kalau ada waktu kimia belajarlah dengan redha kalau nak malas gak bilanya nak belajar dah subjek hard. Aku kat luar aku lupa yang aku berhadapan dengan bangunan kelas aku. Kelas aku tingat atas satu lagi kalau dari bilik guru. Then budak laki yang konon masuk pertandingan pendidikan islam tu berderet kat situ tengokkan aku nangis ejek ejek. AKu cakaplah cikgu keti marah. Bukan diaorang faham pun.

Esoknya ada borang "request" tu library yang buat kita tulis nama pengirim & penerima and jenis hadiah. Then budak-budak laki semalam tu buat untuk cikgu keti sweet kan? Diaorang buat daripada 5Delta tapi kumpul duit diaorang diaorang je. Pastu dapat esoknya waktu kimia cikgu masuk masa tengah salin nota kot kan kelas diam cikgupun cakaplah dia terharu and minta maaf and nasihatkan semua. Oh tersentuh. Dua kali tau cikgu tu merajuk. Last sekali aku lupa sebab apa tapi kitaorang memang kalini seua rasa bersalah so kumpul duit semua buat request lagi nasib memang ada request lagi time tu. Haha macam tulah kisah kelas kimia kitaorang. Akhirnya masa SPM kelas kitaorang lagi ramai lulus kimia dari addmath. Alhamdulillah!

Aku ada sorang kawan baik lelaki kat kelas ni since form 4. Dia bukan budak baik pun. Nakal nak mampus tapi baik jugalah nak dengar cakap aku. Muka rapat bila tetiba dia tanya satu soalan yang agak bodoh "mak kau tengok kau buat kerja tak?" Haha aku duduk asramalah. Kalau kat rumah pun mana ada mak aku nak duduk depan aku tengok aku buat kerja haha dia lagi banyak kerja. Start dari situ dia cerita masalah dia time tu. Cara dia cerita aku macam ya tak ya je budak ni. "kau ni tipu la. Aku tengok kau bahagia je gelak gelak hari hari balik sekolah karok lah ole lah apa semua." "Adoi kau ni geng geng jugak masalah lain cerita lah. Gila stress lah aku balik sekolah dah kena tuang dengan kimia addmtah lagi memang taklah terus balik rumah." Haha kalau aku dah stress tidur je. " Patut aa mata..taknak aa cakap" "Kau sambung lempang kau!" 

Haha memang mata aku je modal dia. Aku nasihatkan dia stop smoke apa semua dia angguk angguk sebab aku pijak kaki dia setiap kali aku cakap dia nak menyampuk. Lepastu suruh ajar addmath gayanya macam aku tolong buatkan. Suruh buat sendiri "oh macam ni kacang je, k aa thanks aku buat sendiri kat belakang." Tak lama aku toleh belakang buku tutup dah. Memang aa. Kadang-kadang aku push je "haa cikgu bagi latihan muka surat ni ni buat. Kau kata nak"berubah" hahahahaha" "(mencarut) aa kau. Ye aa aku buat, pandang rendah dengan aku." Ah merajuk. 

Tapi tak buat juga. Lain kalau dia yg datang "Eh diba tadi latihan mana nak buat?" "Eleh kau beriya aa sticky note warna-warni bagai jakgi tak buat. Malas aa aku layan." "Hahahaha ye kalini aku nak buat do jadual belajar aku malam ni addmath pulak, taknak aku buat latihan buku maku aku belikan, susah macam la aku ni doktor." Haha esoknya dia siap "Weh diba aku siap do, nah aa kau tengok tapi betul ke tak kau diam je janji aku buat." Hahaha aku macam gembira juga lah dia ada niat nak usaha.

Masa trial addmath hari sebelumnya free so study lah. Dia datang kat tempat aku suruh ajar dari tajuk function haha sedih betul la. Ajar lah baru sampai chapter tiga dah mula "kau tau tak kakak aku kan blablablabla" Dia dh mula cerita dia. Sebenarnya ceritanya sedih tapi gaya dia sampaikan aku tak feeling apa-apa aku buat je kerja aku. "Kau dengar tak aku cakap apa ni?dah aa kau memang tak nak kawan aku kan." Hahahahaha lelaki ganas kuat bahan orang kaki gelak touching? ok lawak. "Ya aku dengar lah takkan nak aku tenung kau kot. Cerita je la. Ha lepastu bapak kau cakap apa?" "Apa pulak bapak aku, aku dah habis cerita pasal tu. Ni awek aku aa" Haha kantoi aku tak fokus. 

Sampai bab awek aku dah malas dengar "Kau ni awek tukar-tukar mana aku ingat dah nama tu yang mana. Kau buat addmath ni,kau nak jadi macam kakak kau kan? Kau kena kuat lawan nafsu kau, ni spm kau nak ke merempat macam kawan kau yg kau cakap tu." "Kau ni doakan aku ke apa?" " Aku bg contoh lah gila. Mak kau dah sungguh sungguh belikan kau banyak benda buku semua tu suruh belajar takkan kau nak hampakan dia." Dia tunduk diam je muka putih dah nak kemerah-merahan, gua boleh buat mamat ganas sedih wo haha bangga sikit. Ala dia pun asal budak nerd tapi kawan kawan kan dia dah berubah macam tu so nk nasihatkan pun kalau kena cara boleh dia terima.

Masa nak SPM memang sekejap je dapat salam kawan kawan classmate sebab jumpa pun kat dewan exam sebelum tu habiskan masa kat dewan makan untuk sesi maaf dgn cikgu cikgu. Dia datang dengan gaya nak kena lempang "Weh diba! Haa aku datang ni." aku dahlah baru nangis "Haa kau nak apa lah? Nak gelakkan aku nagis aa tu. Bla aa!" "Adoi bukan aa. Eh kau nangis ke. Haha aku sedih ni. Hm k aa aku minta maaf diba salah aku menyusahkan kau ajar aku layan cerita aku. Semua halalkan makan minum semua. Ceh macam raya en. Kau doakan aku tau SPM ni aku nak gempak!" Haha aku tak sempat nak cakap apa sangat "Ye la aku maafkan, aku pun minta maaf kau kat rumah minta maaf dgn mak bpk kau yg kau gaduh selalu tu.." VBelum habis bebel "K aa diba budak budak dah panggil aku. Gerak lu. bye!" Haha sabar jela.

Masa ambil result baru aku jumpa dia balik tu pun masa beratur nak naik pentas. Dia dah ambik result "weh diba!(angkat tangan, padahal depan mata) eh kau lama tak jumpa." "tengok aa do habis aa aku kena nanti adoi" Tapi muka dia gelak gelak langsung tak risau balik nanti kena Haha aku tak tau nak cakap apa dah kalau dia pun tak rasa apa. Tapi alhamdulillah lah semua lulus walaupun ada E. Dia terus lari orang panggil dia. Sekarang dah senyap dia pun dah tukar nombor tak contact aku apa semua. Tak jumpa. Biarlah aku doakan hidup dia selamat kat luar sana. 

Macam tu lah ceritanya yang aku rindukan sekarang ni. Bukan bermakna yang lain aku tak rindu tapi yang lain masih dekat dengan aku senang contact senang jumpa. Tu semua kenangan. Yang ramadhan ruzaid depan aku memang "aman" dunia sangat ok. Huh. Sampai sebab pendrive je aku dah nangis kuangja betul acah acah buat aku menangis. Sorokkan bekas pensil aku mesti kat tempat syed dalam makmal. Sorokkan beg aku lawak apa kat luar kelas time aku keluar then nak masuk memang aku nampak lah beg tu gila betul. Yang curi milo aku dah habis minum baru bagitahu. Memang suka sorok makanan aku. "Kau memang banyak eh stok koko krunch honey star kat hostel?" sebab hari-hari aku bawak bekal tu kalau malas rehat. Paling budiman sikit zahim dengan irfan dah buat orang marah bagi surat minta maaf. Haha

Kalau korang baca ni sure nak gelakkan aku kan! Dah aa. Sebenarnya aku rindu sangat kelas delta, keletah bising apa semuanya. Walaupun sakit hati tapi tu ah aku teringat sekarang betul kata madhan "Kau jangan benci kitaorang sakat sakat kau ni, nanti habis sekolah muka kitaorang lah yang kau ingat setiap malam." Haha dia cakap masa aku nangis sebab diaorang semua bahan aku pasal something , time tu PJ aku lambat turun aku nangis dengan hazwina. Haha. 
"Sepanjang saya mengajar, kelas yang paling saya sayang 4 Delta 2012. Diaorang happening sangat. Saya sayang kat kelas tu." - Kata someone yang time tu cikgu termizi masuk kelas diaorang
"Saya rindulah dengan budak delta tahun lepas. Tahun ni diaorang boring." -Cikgu Roslan. Haha saya tahu mesti cikgu rindu punya haahahaha 

2011

2012

Sebenarnya tak ada perubahan apa sangat pun dari segi fizikal. Cuma form 5 aku dah tukar north star sebab bfirst tu berat haha then perubahan berat badan je. K dah.


Sekian, wassalam