Strange.

Bila mulut tidak mampu berkata, hanya mata yang berbicara.

Assalamualaikum.
That was suddenly happen when i perform maghrib. At the second rakaat, i feel something strange. I dont know whats the feeling are. Either something sad i tried to hide or happy things but i cant smile at it or nervous for something important day. Ya Allah. 

Aku tahan air mata daripada terus keluar. Ini bukan kali pertama aku rasa macam ni. Kali kedua secara berturut. Habis solat aku fikir apa yang aku cuba rasa sebenarnya. Kenapa tak sedap hati. Aku sebut satu persatu yang lama aku pendam. Sampai satu perkara, aku rasa kuat yang ni betul. Apa? Result SPM. Saat bertukar saat, minit bertukar minit, jam bertukar jam, hari bertukar hari. Tinggal lebih kurang 15 hari lagi result nak keluar. Aku gementar, takut, seram semua ada.

Setelah pelbagai usaha aku lakukan yang sentiasa diiringi doa daripada orang-orang tersayang. Ayah,mama yang tak pernah jemu melayan kerenah aku bagi aku semangat bila aku jatuh. Kawan-kawan yang paling aku sayang sentiasa bersedia menerangkan aku setiap bab yang aku lemah. Hazwina, kawan yang paling tabah mengajar aku LK. Aku sedar aku hanya insan yang sangat lemah dalam subjek ni.

Tapi aku sombong. Aku ego. Aku cepat putus asa. Setiap kali aku tak dapat buat dialah orang yang aku luahkan. Reaksi muka aku yang menggambarkan perasaan menyampah meluat benci subjek ni. Tapi aku bersyukur Allah hantar Hazwina untuk tenangkan aku setiap masa. Dia terangkan satu persatu ajar satu persatu jawab satu persatu soalan aku. Aku akui soalan yang akuajukan bila aku give up sangat diluar akal. Orang selalu malas layan. Tapi tidak bagi Hazwina. Dia cuba jawab walaupun aku rasa dia tak menjawab soalan aku. Nampak dia bersungguh puaskan hati aku. 

Bila lama tak sekolah aku rindu dia. Dia faham setiap perasaan aku. Sakit aku. Marah aku. Tapi demi Allah perangai meluat aku sikit pun tak pernah dia marah. Dia tak pernah merajuk or apa pun. Kenapa dia baik sangat kenapa. Kadang-kadang aku dapat rasakan aku bukan kawan yang layak untuk dia. Untuk kesabaran dia yang cuma diam bila aku marah. Walau bukan dia yang salah. Tapi aku tak lupa minta maaf bila aku dah puas lupakan. Dia faham. 

Mungkin Allah nak ajar aku erti persahabatan. Supaya aku hargai setiap persahabatan. Walau siapa pun dia baik atau jahat aku perlu hargai. Sepuluh jahat dia buat mesti terselit satu kebaikan dia pernah buat. Betul, kenapa hazwina boleh sabar dengan aku hargai aku sebagai sahabat walau perangai aku sangat emosi. Kenapa aku tak boleh nak hargai orang lain. Baru aku sedar aku perlu buang ego aku. 

"Tak salah buat orang bahagia dikala kita duka. Pasti kita bahagia kan tengok orang bahagia sebab kita,"

Ya Allah! Murahkan lah rezeki bagiku. Berilah aku keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, sesungguhnya peperiksaan SPM adalah penentu masa depan kami. Berilah juga kejayaan kepada rakanku yang lain Hazwina, Syima, Sabrina, Shafiqa, Iylia dan Najwa. Berilah kepada mereka kejayaan seperti yang mereka impikan jauhilah kami daripada mendapat kegagalan. Sesungguhnya kejayaan itu hendak kami hadiahkan kepada kedua ibu bapa, guru-guru dan semua yang telah banyak berkorban membantu kami selami ini. Ya Allah makbulkan doa ku ini.   

Aamiin..