Blog walkers

Welcome blogger and readers (: this blog just look very simple and crowded maybe. the stories are sometime bored, nonsense and best. But for your information,i treat my blog like my diary. So its up to me to write everything. Keep in touch and follow my blog. And dont forget to leave a comment beside on my story. Its the first step for me to improve the quality of my blog. Thank You

22 March 2013

Result.

Assalamualaikum.

Pagi 21 Mac. Aku bangun dengan rela hati seperti biasa solat subuh. Sebelum mama dengan ayah pergi kerja diaorang jumpa aku salam peluk cium bisik "Good Luck. Apa pun yang adik dapat kita mesti redha." Aku sayu. Lepas solat mengaji semua biasanya aku duduk depan tv tunggu mulanya MHI. Tapi kali ni tak. Aku duduk diam aku fikir apa akan terjadi sambil genggam tangan serupa penumbuk tu. Hati aku sebelum ni meyakini sesuatu yang baik InshaAllah berlaku. Tiba-tiba aku rasa unexpected thing gonna be happen. Astaghfirullah. Aku bayangkan kalau betul tu terjadi macamana. Aku bersedia atas segala kemungkinan. Aku tabahkan diri sendiri. 

Pukul 10 aku siap. Aku duduk diam lagi sambil aku fikir apa lah keputusan aku ni. Aku tak tahan nak layan sebak dihati. Aku bangun pergi rumah nenek duduk borak dengan nenek. Nenek kata dia mendoakan kejayaan aku, amie, alif. Dia mengharapkan aku cemerlang sebab dia kata aku selalu dpt nombor 2 dalam kelas so aku boleh. Aku diam tunduk "nenek, nombor tak membawa apa-apa makna. Nombor dua tu pun cukup makan je keputusannya." Aku nak cakap panjang pun bukan dia faham, lagikan pula dia ada masalah pendengaran. Dia cuma faham bilangan A/lulus/gagal je.

Tak lama tu kereta sabrina sampai. Aku tumpang dia. Dalam kereta aku dh berdebar sangat. Mulut tak berhenti mengucap, membaca. Aku ignore handphone semua. Sampai sekolah aku pegang tangan sabrina. Aku tak nak lepas sebab aku takut sangat. Jumpa juniors semua terubat rindu. Paling terubat jumpa fathin dengan syera sebab i do miss them too much. Sampai mimpi-mimpi. Aku gelak ketawa tapi dalam hati aku cuma berdebar.

Duduk kat kerusi sebelah Hazwina jauh dari Sabrina sebab ikut nombor. Walaupun muka aku fokus dengan ucapan Yang Berhormat kat depan tapi fikiran aku melayang. Apa yang aku fikirkan. Aku dah usaha. Aku dh buat sehabis baik. Semua yang aku lakukan untuk mama dengan ayah. Aku tak buat sebarang perjanjian hadiah. Sebab memang aku nak buat yang terbaik untuk diaorang. 

Bila keputusan kelas alfa dan beta dah diumumkan. Aku keluar untuk beratur. Nampak Shafiqah. Tarik dia. Alhamdulillah keputusan dia baik. Aku jerit gembira untuk dia. Aku happy bila kawan aku happy. Sebab aku tidur hafal nota semua saat akhir sebelum paper dengan dia. Dia gigih. Masuk dewan lambat pun sama sama. So aku gembira dia dapat tu. Tahniah piqa. Aku gembira macam tu keputusan aku. Aku terus pergi sarung jubah bila cikgu sabri dah panggil.

Nama pun dah diumumkan. Sementara tunggu orang sebelum aku turun, cikgu suzana tengok keputusan aku dia terbeliakkan mata sambil "whoaaa". Aku naik pentas dengan rendah diri. Bila Datuk Shafie pegang result aku dia dah tengok, dia terbalikkan. Dia tanya nak jadi apa bila besar. Tahniah siti. Haha siti. Then turun Cikgu Radin kat sebalik tingkap handle PA system "diba, tahniah. Senyum je ya." Cikgu tahu tak, saya senyum sebab cikgu senyum. Time tu aku terus lipat dua result sambi jalan pergi ke mama. Mama senyum. "Maa adik tak tengok lg ni." "Meh mama tengok dulu." Mama tengok sambil tutup terus kucup dahi aku "tahniah dik!" sambil nangis. Aku nak tahu apa dia. Ya Allah kenapa cuma ini. 

Aku terus pergi hantar jubah lari kebelakang. Piqa panggil aku terus peluk dia aku sedih. Jauh keputusan dia dengan aku. Piqa pimpin aku pergi kat dorang. Ok aku lagi sedih. Semua macam tenangkan aku. tapi entahlah. Aku menangis syukur LK aku dapat tu. Sebab sepanjang dua tahun belajar yang diiringi give up sepanjang masa, gagal sepanjang hidup. Ni kali kedua aku lulus dengan C. Aku sedih lepas semua yang aku buat cuma ini yang aku dapat. Sabrina pun sama dengan aku. Alhamdulillah. 13 tahun kami berkawan. 8 tahun kelas sama. UPSR dgn SPM keputusan sama. Syukur. Semoga kita sahabat selamanya :)

"Mama adik minta maaf, adik dah cuba sehabis baik nak buat yang terbaik nak bagi kat mama dengan ayah tapi, adik tak dapat. Cuma ni yang adik mampu. Adik minta maaf ma."

"Dahlah. Mama bersyukur dik. Mama tak marah. Mama tahu kemampuan adik. Mama tahu adik dah usaha siang malam. Mama nampak. Bukan adk tak cuba kan. Tengok LK dgn Addmath dapat apa. Alhamdulillah dik. Mama Tahu bukan senang nak dapat semua ni. Dah jangan nangis lagi. Mama gembira dengan apa adik dapat. Look forward sayang. Jauh lagi perjalanan hidup."

Aku speechless.
Balik rumah. Nenek dengan atuk menangis. AKu sedih tak bahagiakan semua orang. Nenek atuk warden cikgu semua. Aku tidur je lepas zohor. Aku tak sanggup nak tunggu ayah balik. Bukan takut kena marah. Sb]ebab ayah memang takkan marah cuma aku sebak.

"Dik."

"Hm."

"Tahniah."

"Ayah, adik minta maaf tak dapat bagi banyak."

"Takpe. Cukup lah tu. Sekarang jangan pandang A. Sekarang pandang apa yang kita dah dapat. Alhamdulillah. Ayah dah cukup gembira adik lulus semua. Ayah takut LK dgn Addmath adik je. Susah kan nak lulus. Tapi adik boleh ok lah tu. Ayah cukup puas hati dah dengan apa yang adik dapat. Jangan bandingkan diri kita dengan orang yang atas kita. Tu rezeki dia, biarlah. Rezeki adik mungkin masa belajar nanti ke masa kerja ke. Jangan risau. Allah maha adil. Tu kelebihan dia, kemampuan dia. Kita buat semampu kita. Ayah tahu adik dah usaha. Jangan sedihlah. Pandang kedepan, lepas ni apa kita nak buat. Jangan kita bandingkan dengan orang yang brilliant. Tu kelebihan dia. Dah dah."

Walau itu yang ayah dengan mama keluarkan, tapi aku tahu sebenarnya.... Cukup lah.
Apapun aku bersyukur dengan apa yang diberikan. Mungkin usaha dan amalanku tidak sehebat mereka semua. Apa mereka buat aku belum buat. Alhamdulillah. Aku mohon semua yang membaca mendoakan kejayaan aku dilain waktu dan ketika. 

Sekian, wassalam.