GIRL'S TALK : PART I

Hi. Assalamualaikum w.b.t 

Here is me. Em sorry again to the my readers yang bukak blog ni then nothing new. Okay sedikit perasan glamour disitu. Bukan auta tau, tapi ada lah satu,dua,tiga yang tanya mana cerita baru/kenapa tak update/suruh update. Saya adalah seorang yang malas. Sangat malas. Bukannya tak ada gadjet ke apa tapi malas haha. Setiap hari online then bukak tab Blogger.com. Tapi nak tulis entri baru tu masha Allah malasnya tak boleh lawan. Now sementara tunggu AJL kan so cubalah dapatkan satu entri. Cuba eh. Hehe

Before that, emm sedihnya Yuna tak dapat perform kat AJL malam ni  So tulah motip dia jadi header entri ni. Haha very *motip*. Dia tak saman pun.

*********************************************************



Okay. Untuk Part i ni kan. Ceritera hari hari hujung sebelum check out dari asrama. Em selama beberapa ketika stay hostel dengan berteman cuma 10 orang lebih kurang. Campur dorm sebelah 5 orang. Tapi tak berapa rapat dengan dorm sebelah. Semua bersama. Belajar bersama, makan bersama, tidur bersama. ketawa bersama, berdoa bersama. Masa week SPM adibah dengan shafiqa the mostly late keluar hostel banding yang lain. Haha first day tu kitaorang baca doa tasbih semua tu then makan kismis ikut sunnah sama sama. Hari pertama je. Pastu hari seterusnya buat sendiri-sendiri sebab shafiqa lambat sangat siap. Kihkihkih. 

Tapi kan kalau ada paper sesi petang tu kan kitaorang balik je dah pok pek pok pek cerita silap masing. haha very not bagus okay. Calon peperiksaan awam yang lain jangan ikut kerana ia akan menimbulkan gusar yang ketara sekali. Me kalau yakin jawapan betul beriyalah bincang kalau rasa salah lari kat Serra sebab dia sangat tenang orangnya k. Dia paling senyap sekali keluar dewan kalau ok dia senyum kalau susah pun dia senyum. Tenang berdamping dengan dia. Dia akan menenangkan kita kalau kita rasa down. 

Em cerita pasal Serra ni. Dia kan baru kehilangan Abang Abu dia. Arwah baik orangnya. Disenangi semua orang. Tapi Allah lebih menyayangi dia. Lagi hiba dia pergi tinggalkan Serra dan keluarga beberapi hari sebelum SPM. Hati mana tak sedih kan. Even me tak berapa rapat dengan Serra sebelum ni tapi dapat rasakan perasaan tu. Then Serra sangat sedih. Emm sabar Serra. Masa check in hostel pun dia tak berapa senyum macam biasa sebab dia sangat lucu orangnya haha. Sedih. 

Then dia dah naik. Kitaorang berkumpul kat katil biasalah, katil tengah. Me and shafiqa. Borak apa-apa tah pastu masing-masing buat pengakuan. Serra start dulu. " Weh korang, kita minta maaf sangat sebab kita kan.. terpaksa weh. umi kita suruh. " Kitaorang macam apa melanguk depan dia yang duduk di birai katil shafiqa tunggu dia habiskan ayat. Tapi aku dapat rasakan apa yang cuba dia sampaikan. "Emm kau bawak phone eh?" Dia terus senyum macam nak nangis. "Haha chill lah. Ada je kitaorang yang bawa. tapi yang penting niat. Kau bawa sebab ummi suruh kan. Yang lain pun sebab nak godek spot semua tu. Yang penting tak salah guna" Haha bajet gila si Exco Disiplin yang tak berapa disukai ramai ni. Hashtag Eh?. 

Then habis tu. Malamnya perjumpaan. Ummi ingatkan tak boleh bawa phone semua tu. Then kitaorang speechles campur serba salah. Jahatlah juga sebab diam diam kan je. Lama-lama ummi dengan kak su dah tahu. Haha dia orang tak kisah sebab percayakan kita orang haha chingg. Tapi betul, kitaorang tak salah guna untuk online ke youtube ke pekejadah tu takda masa langsung. nak check spot pun bergilir. Hm. Setiap malam tidur tak tentu masa. Lepas maghrib listkan spot bandingkan plan nak baca apa semua pastu isya' turun surau naik balik baru study. 

Kadang-kadang study group kadang-kadang sendiri-sendiri. Esok pagi bangun awal solat sunat sama-sama then sambung study. Pastu sampai subuh lepas solat baru bersuara tanya-tanya macam gelabah gila. Lagi-lagi Shafiqa siapa tak kenal. Haha. Jalan sesama then duduk kat tar macam apa study lagi. tapi bila dah annoucement kena beratur tak da dah bawa buku. Time tu all give to him. Tawakkal je. Doa dan selawat banyak-banyak. Dengar ucapan guru bertugas semua. Then nak masuk dewan biasanya aku beratur dengan Sabrina and hazwina. Rina tak sudah dengan nervous. Then salam diaorang sebelum duduk. Haha. Keluar dewan berkumpul balik dengan diaorang duduk study saat akhir. Hm

Masa makan malam terakhir sama-sama tu Serra ajak ambil gambar kenangan. Gumbira lah kita orang. Berbaktikan handphone dia je yang mahal sikit, tangkap lah.


Kumpulan Marhaban Daerah Kuala Langat harharhar



Dah nak habis dah SPM. Sekejap je. kadang-kadang tidur lewat aku tengok sekeliling dorm, rindu juniors semua. Pastu terlelap. Then sampailah sehari terakhir sebelum check out. Time tu last paper Chemist. Heaven gila. Kami bertiga dah kira setengah merdeka lah. Elly.Me.Rina. yang lain tu masih struggle untuk bio. Esok tu birthday juwa, 27 Nov. Kitaorang memang lah kan kalau dah bergabung. Haha dapat dirasakan diaorang macam bengang gila kita orang bising haha. Siapa tak bengang kan. Then kitaorang kumpul kat katil Rina main phone. Phone pun phone murah apa boleh main melainkan untuk mesej dan call. 

Kita orang mesej Wak Lan niat nak tanya bila nak buat class LK masa cuti nanti. Pastu dia tak cam number tu so menggila lah kacau dia. haha merapu sumpah lawak wak lan melayan kitaorang. Then asyik kena tempias air liur je "shhhhhhhhhhh" haha. Akhirnya bagitahu lah siapa sebenarnya kita orang haha.

Me call mama yang baik hati tolong belikan kek untuk Juwa hehe. Then mama datang bawa kek dengan tart buah pula. Baiknya lah mama ni haha free lagi tu kihkihkih. Dah kena marah macam tu, so plan nak prank juwa macamana. Haha. Pagi tu tak da paper kan so lepas solat tapau breakfast, makan kat dorm. Pastu kemas semua dari A-Z sumpat weh. Angkat box bersatu padu dengan Elly dengan Rina sampai bawah. buat amal, derma buku kertas untuk recycle kat auntie cuci tu.

Naik balik penat gila dengan peluh apa semua duduk jap makan biskut stok Elly dengan rina yang banyak lagi minum minum pastu terbaring tertidur haha. Teruk benar gamaknya. yang penting semua dah settle. Then bertangguh je nak siapkan prank tu. Haha. Dah pukul berapa tah time tu menggelabah ambik kek kat Kak Dayat haha kek beku do. Me and rina macam watlek gila mentang-mentang aspura takdo main rembat je pakai apa pergi DM. Eh chopp bukanlah pakai yang lagha tu eh. Means here, pakai baju tidur, tudung toilet mcm jemah and baju melayu dikir barat kat sick bay as cardigan haha. Me dahlah paki tudung tu tak pin main ikat je macam makcik jual jagung naik basikal tu kan. Haha 

Jalan melu lu gila pandang bawah sambil nyanyi dengan Rina. Dia dah lah comel pakai tudung tadika selapis tu haha. Then dah lepas dari blok aspuri merentasi DM tu pandang depan. Whuttttt??? Me macam "Woiiiiiii...." Terus pusing balik. Rina terjeut agaknya dia menjerit gelak tak ingat dunia. Sebenarnya aku cuma terkejut je tadi melulu jalan pandang bawah sekali pandang depan ada pakcik tengah buat kerja paip pandang kita orang. Bayangkanlah dia sambil duduk pandang kitaorang muka tak bersalah haha tak ku sangka ada lelaki haha. Tenang sekejap. Uruskan diri dngan rapi jalan sampai DM muka tak bersalah. Haha naik dorm cerita kat Elly haha.

Dah tu, terus mulakan misi. Elly dengan Rina bahagian "sukaneka". Dia orang susun semua peralatan mandi campur aksesori dan perubatan muka juawa sepanjang perjalanan dari tangga bawah sampai dorm. Aku bahagian kek. Tarik cadar juwa jadikan kain rentang. Cabut seni kat papan kenyataan jadikan huruf. Kutip segala barang lepas lepas. Ambil selimut kesayangan juwa jadikan alas meja. Meja study dia jadi tempat penambah ketinggian letak kek. Haha. Jadilah macam ni :-




Haa tu jari elly. Malam tu kita orang pakai inai. Dia yang over nak macam keling menari nak kerawang kerawang haha

Look Juwa is very excited haha



So happy birthday to her.
i love you badar :3