Doa selepas solat .

Dan saya tambah dengan :

Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu dikurniakan sahabat-sahabat yang baik dan aku mohon kepadaMu berkatilah hubungan persahabatan ini dan kekalkanlah hubungan persahabatan kami ini. Jauhilah hati-hati kami dari melakukan perkara yang kau murkai. Ya Allah, aku bersyukur engkau telah memberi aku peluang menduduki peperiksaan SPM, peperiksaan yang akan menentukan masa depan ku, aku mohon kepadaMu Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada engkaulah aku meminta dan hanya engkaulah yang mampu memakbulkan permintaan ku ini, buka kanlah hati pemeriksa-pemeriksa yang menanda kerta jawapanku, terangkanlah hatinya, lapangkanlah fikirannya, sihatkanlah tubuh badannya serta ahli keluarganya  dan permudahkanlah dia dalam urusan menanda kertas jawapanku agar dapat memberiku marah yang cemerlang. Ya Allah berikanlah aku kejayaan ..A..B dalam SPM ini untuk aku hadiahkan kepada kedua ibu bapaku yang telah banyak berkorban untuk ku. Berilah juga kejayaan kepada sahabat seperjuangan ku yang lain. Amin Ya Robbal Al Amin..