Blog walkers

Welcome blogger and readers (: this blog just look very simple and crowded maybe. the stories are sometime bored, nonsense and best. But for your information,i treat my blog like my diary. So its up to me to write everything. Keep in touch and follow my blog. And dont forget to leave a comment beside on my story. Its the first step for me to improve the quality of my blog. Thank You

21 December 2012

BACK

Hai. Assalamualaikum.

Saya dah kembali ke blog yang sangat bersarang ni. Niat memang selalu nak update new stories tapi macam-macam halangan. Yang tak ada laptop lah, tak ada masa lah, tak ada mood lah, tak ada idea lah, tak ada ayat lah, semua tak ada. Apa yang ada? Hm malas adalah. Haha. Lawakan gambar atas tu? Hm cam bese ah curi kat website mana tah. Saya teringin sangat teramat sangat nak pergi Paris nak posing macam comel kata sana. Hm awak pun sama? Jom kita kahwin then honeymoon kat sana? Haha.

Saya banyak sangat nak cerita dekat blog ni pasal hidup saya. Orang mesti tanya kenapa perempuan suka ada blog, suka cerita pasal sendiri kat blog, upload gambar, luahan perasaan lah bagai menjiwang wang wang ringgit bukan dapat pun. Saya rasa tersentap bila orang memperlekehkan bloggers. Saya juga blogger okkeh. Setiap orang ada jawapan dia sendiri. So, jawapan saya ialah :-


"Dalam hidup kita macam-macam berlaku. Ada yang manis, pahit, tawar, and tasteless. Semua orang ada kawan, kawan baik, rapat, sayang, benci, dan macam-macam lagi. Tapi sebaik,serapat,sesayang, sebenci manapun seseorang itu terhadap kita, dia tak boleh sentiasa berada disisi kita mendengar setiap cerita, bebelan, gelak tawa, tangisan, dan gedikan serta jiwangan kan? Dia juga ada hidup dia. Jadi daripada kita bersikap annoying memaksa orang memahami kita, mendengar, melihat (gambar) kita yang tak semestinya pada dia ok lebih baik kita muntahkan semua tu pada blog kan? Blog hanyalah ciptaan manusia yang menjadi hamba abdi menerima segala gambar,lagu,coretan tanpa jemu. Pernah dengar blog mati? tak kan? sebab tu saya sayang sangat dekat blog, ia sangat menerima semua yang saya luahkan tanpa jemu dan ia kekal bersama saya. Itulah sebabnya saya suka meluahkan semuanya pada blog walaupun ia tidak memeri responsi yang mengubah masalah saya tapi memuaskan hati dan perasaan."

Ehm itu lah sebabnya kami mencintai dunia blogging. Tak percaya cubalah. Tapi kalau betul-betul cerita tu semua mampu mengguriskan hati mana-mana pihak lebih baik membuka laman blog privasi yang alamatnya tidak diketahui sesiapa. Supaya hubungan tidak terjejas. Saya cakap berdasarkan pengalaman. How believe it saya dah blogging sejak umur 14 tahun. Tapi URL sentiasa bertukar dan ok saya akan gelak sendiri bila baca cerita saya dulu-dulu. 

Next entries maybe story about my SPM, holidays, life after SPM and mybe about my self. Hm just wait and see.



No comments: