Hai. Assalamualaikum.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi aku peluang menduduki peperiksaan SPM. SPM ni sangat penting kan. Sangat. UPSR saya dah duduki, PMR pun dah. Tapi saya kurang puas dengan pencapaian kedua-dua peperiksaan tersebut. Sejujurnya PMR dulu aku kurang serius. Aku macam rasa tak penting PMR tu. Tapi dah dapat result baru aku sedar pentingnya PMR. Betul orang kata mungkin ada hikmahnya. Dan hikmahnya pada aku, aku rasa lebih bersemangat untuk berusaha masa SPM. Aku tak minta apa-apa hadiah dari mama dan ayah. Dan ni pertama kali aku tak minta mama dan ayah janjikan aku sesuatu untuk kejayaan aku nanti, insyaAllah. Sebab aku baru sedar banyak pengorbanan mama dan ayah korbankan untuk aku sepanjang aku 17 belas tahun. Tak sepayah kepayahan aku melakukan yang terbaik SPM ini. Kalau rezeki aku murah kali ini, inilah hadiah yang aku nak bagi pada mereka. 
"Mama dengan ayah tak minta apa-apa hadiah untuk hari jadi, ulangtahun, hari ibu, hari bapa dan sebagainya. Mama dengan ayah cuma nak anak-anak mama dengan ayah berjaya dalam hidup. Itu sudah cukup."
"Walaupun kita tak dapat keputusan A yang berderet macam orang lain, tak semestinya kita ggal dalam hidup kita. Ayah cakap betul, ayah tak harapkan sangat adik dapat 9,10 A. Sebab ayah tahu kemampuan adik sampai mana. Yang penting kita dah usaha sehabis baik, insyaAllah  Allah tolong. Jangan putus asa dengan kegagalan yang lepas. Selalu berdoa, solat sunat, jangan tinggal solat fardhu."
Itulah pesanan yang sering mama dengan ayah ingatkan kami adik beradik setiap kali menyambut hari jadi, ulangtahun, hari ibu dan bapa dan semuanya. Ayah selalu pesan kat aku dalam kereta sebelum balik asrama macam tu. Hati mana yang tak tersentuh kan. Aku tahu walaupun ayah cakap dia tidak mengharap tapi jauh disudut hatinya dia teringin merasa gembira atas kejayaan anak-anak dia. Aku juga begitu, teringin beri kegembiraan sepertimana orang lain beri kepada ayah dan ibu mereka. Cuma rezeki belum menyebelahi aku.