Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh and Good Evening :)

Today i just seems like to story as many as i can. But i cant :( Mama and ayah already limit me to on the laptop. How sad is life without write entries? its okay, ive to discipline my self. Just now i want to share my feelings right now. It was too serabut okay serabut. I dont know kenapa semua ni perlu. Kenapa?

Setiap hari aku menghitung hari untuk kembali ke sekolah dalam tempoh seminggu bercuti. Aku menghitung sebab aku terlalu gementar untuk kertas seterusnya. Aku gementar sebab aku punya target yang sangat tinggi. Siapa jua mendengar target pasti dua kali berfikir adakah aku mampu? Aku anggap semua ini cabaran. Aku akan buktikan kepada semua aku mampu. 

Aku terbayang kata0kata Cikgu Sabri, guru kelas aku 2010. Dia kata "Adibah ni semangat dia ada, tinggi. Cuma tu lah belum rezeki agaknya." "Yang penting semangat tu ada. Ye adibah, awak perlu usaha lebih sikit." Aku bagai mahu menjelaskan kepadanya yang aku... hanya punya semangat. Aku akui memang aku punya semangat yang tinggi. Aku banyak merancang untuk menjayakan sesuatu banyak startegi aku lakarkan. Tapi aku lemah. Aku lemahhhhhhhhhhhhhhhh ! Aku tidak mampu melawan kemalasan yang melanda. Aku terlalu manjakan nafsu. Aku tahu semua itu syaitan aku tahu semua itu hanya durjana yang merugikan aku. Tapi aku lemah untuk melawan semua itu. 

Percaya atau tidak. Aku adalah gadis yang terkadang periang dan gedik seta over acting. Tetapi aku juga gadis yang suka menyendiri dan menangis. Akan tiba suatu masa apabila perwatakan aku berubah serta merta. Aku kurang bergaul. Aku lebih menyendiri dan aku "bajet baik". Aku bahagia keadaan itu. Aku bersyukur kehadrat illahi kerana terpilih untuk dikurniakan keadaan seperti demikian. Aku tidak merancang semua itu. Wallahi aku tidak merancang. Tiba-tiba aku akan berubah ya tiba-tiba. Dan selalulunya aku sangat tertunggu-tunggu saat keadaan itu datang. Keadaan itu sangat melindungi diri ini dari pelbagai larangan illahi. 

Sekarang aku merasakan bahawa aki tidak mendapat kemanisan iman. Astaghfirulah Al Azim. Bukan auta bahawa aku kerap menangis. Aku akui terkadang aku adalah kuat semangat. Tapi hanya yang Maha Kuasa Mengetahui keadaan aku. Aku memang hati "fragile". Aku tak akan terus menangis sekiranya tersentuh. Aku akan sabar dan pendam. Tapi ketika aku mnghadap diri-Mu Ya Allah, betapa hati ini luluh dan retak. Aku akan menangis sepuasnya dalam hati sebab aku tidak mahu ciptaan-Mu mengetahu kesedihan ku, aku mahu mereka tahu aku kuat. 

Saat aku ditinggalkan mama dan ayah mengerjakan Haji, sudah tidak tehitung liter air mata aku titiskan merindukan diri mereka. Tuhan bagai mendengar rintihan hati ini bila tatkala aku merindui mereka, tidak lama kemudian telefon akan berdering panggilan dari mereka. Aku harus tarik nafas panjang sebelum menjawabnya. Aku tidak akan berkata lebih daripada menjawab soalan mereka sebab pasti aku akan menangis. Selepas talian dimatikan barulah air mata jatuh. Dan aku memilih untuk menutup dan mengunci pintu bilik. Aku gemarkan situasi berseorangan.

Seminggu telah berlalunya SPM. Aku ikhtiar sudah, doa sudah, tinggal tawakkal pelu aku tunaikan sebelum kaki kanan yang sangat aku bersyukur dikurniakan ini melangkah masuk ke dalam dewan. Tidak dinafikan bebrapa subjek tidak habis aku pelajari. Dan pastinya hati aku akan sebak apabila guru bertugas memberikan tips. Aku renung wajah pendidik itu sambil hati berkata "Dia telah berusaha untuk aku dan mereka, masanya aku perjuangkan. Maafkan seandainya diri ini kalah membalas jasamu". Aku harus tarik nafas panjang seblum semangat ini luntur. Tapi bila di rumah, aku sekali lagi ditawani kemalasan yang sangat kuat. Aku menyesal dengan sifat diri aku ini yang tidak mampu melawan ujian itu. Aku menangis melahirkan kekesalan.
" Ya Allah. Mengapa hamba-mu ini tidak kuat seperti orang-orang beriman yang kau kurniakan kekuatan Ya Allah. Sedangkan lebih ramai hamba-mu yang engkau berikan ujian lebih dahsyat dari aku. Ya Allah sesungguhnya aku punya matlamat untuk membalas jasa warga pendidik ku, kedua ibu bapa dan mereka yang megharapkan kejayaaan ku. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Kuatkan hati ini menempuh ujian mu ya allah."
Aku akan menangis kerana kalah untuk menawan kemalasan. Aku tidak akan mengahbiskan masa aku berborak dengan rakan maya sebab aku tahu itu buang masa. Cuma aku akan melayan nafsu untuk check notications mahupun interaction. Teruknya diri aku memungkiri janji hidup aku untuk meninggalkan laman maya :'(
Dan pernah suatu ketika, aku keliru sama ada itu mimpi,khayalan atau mungkin dipilih-Nya untuk mendengar semua ini. Aku bagai mendengar diri ku sendiri memberi kata-kata semangat terhadap diri ku. Ya, mungkin itu jasad aku yang mahukan aku sedar. Sedar!

Adibah,
Engkau perlu sedar engkau telah melakarkan matlamat 2012. Engkau berjanji untuk memberikan yang terbaik buat mama dan ayah setelah dua peperiksaan engkau tidak memberikan yang terbaik. Engkau berjanji dengan diri engkau untuk berusaha. Tapi kenapa engkau lemah melawan nafsu durjana ini? Kenapa? Bangkit adibah engkau perlu usaha lebih sedikit untuk berjaya. Tinggal sedikit peluang yang diberikan dan bermakna perlu sedikit sahaja usaha yang perlu kau lakukan untuk berjaya. Sedikit. Tidak lama engkau akan habis semua masa-masa seperti ini. Bangkit Adibah !

Aku tersentap dan aku tahu aku perlu usaha. Besar harapan aku, pembaca blog ini menadahkan tangan seikhlas hatimu mendoakan aku dan rakan-rakan seperjuangan ku supaya diberi kekuatan dan dimurahkan rezeki untuk berjaya. aku kalian mendoakan kami. 

" Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahi rabbal al amin, wassalatu wassalamu ala asyrafil anbia'ie wal mursalin waala alihi wassahbihi ajmain.  Ya Allah yang maha pemurah lagi mengasihi, yang mengetahui lagi mendengar. Dengar doalah hamba-hambamu yang sedang berserah diri kepadamu untuk ditentukan yang terbaik. Sesungguhnya kami semua telah berusaha yang terbaik. Sesungguhnya segala yang kami lakukan adalah atas kehendak dan keranamu, permudahkanlah urusan kami semua mnjawab peperiksaan SPM yang akan menentukan masa depan kami Ya Allah. Berikanlah kami petunjuk,hidayah dan kau curahkanlah ilham-mu kepada kami ketika menjawab pepriksaan. Kau buka kanlah hati pemerik-pemierksa yang menanda kertas jawapan kami agar ditenangkan hati dilapangkan minda menanda kertas kami dan diberikan markah yang cemerlang. Wassala Allahu Ala Saidina Muhammad, Waala Alihi WAssahbihi Ajmain. Amin Ya Robbal Al Amin"