SMILE.

Assalamualaikum dan hai :)

Selasa haritu second last sch for that week lah kan. Then decide buat photoshoot petang tu. Photoshoot untuk tett rahasia. Prof Danial iQ Workout kata " Kalau kita rahsia, orang akan diam. Melainkan dia tak faham bahasa." So faham kan? Okay terima kasih.
Sambung cerita, uolls tahu tak bahawasanya iolls yang kena handle this. OMJantung lah ingat senang nak berhadapan dengan kanak-kanak cerewet ni. Okay memang semua dah besar panjang lebar handsome menawan tapi sangat annoy. Buat meeting macam-macam ragam ada. Juniors punyalah kata abang-abang ni macho tapi apa diaorang buat time meeting ? Lol kalah tadika. Okay Bell, Kentang sila terasa.
Tapi uolls tetap best okay. 
" Hish jelesnya dengan Form 4 (2011) . Semua sekepala. Macam adik beradik."
Hahahaha adik beradik? okay Syima Kak Yong, Camcam Abang Long. Hehehe
" Lol senior Form 5 cool gila ok "
Mana tak cool berapa kerat je. Tapi ada dinginnya juga kekadang.
Namun begitu jauh disudut hati timbul rasa bangga. Kahkah.

And this taraaaaaaa. Ze girlfriends. Okay nak dipanjangkan cerita weolls satu dorm. Seniorlah katakan. 
Macam adik beradik dah. Kemana semua bersama. Belajar bersama, makan berama, ketawa bersama, sedih bersama, kena marah bersama, kena puji lagilah bersama hahaha, bergaduh pun bersama, main bersama. Eh gaduh ? ehem biasalah dalam persahabatan tiada kemanisan tanpa kepahitan. Kepahitan mengajar kita supaya berasa kemanisan. Yes manisnya persahabatan itu. Tanpa kitaorang kan `cool ` tak main ah gaduh lama-lama. Satu hari satu malam tak tegur biasalah esoknya chill dah. Kitakan kawan. Tapi harus ada yang mengalah :) 
HARUS.



And this Ze Boyfriends. Nak ajak start memang letih. Tapi dah sampai tapak projek. Lewls. Letih jurukamera.  Memang ni photoshoot korang, memang bukan semua. Memang, ambillah lagi sampai patah lens tu pun takpe. Silap minit, Ammar ( jurukamera ) pun letak jawatan, lari. Posing nak rentung je. Sabar.  Hari Rabu tu diikutkan ada extra class. Yelah SPM dah dekat, so class memang bukan setakat extra, extravaganza pun ya. Tapi masih ragu ragu berikutan cikgu cikgu sangat busy hari tu. Delta sepatutnya kelas math. Tapi Cikgu Zay khabarnya katakan ada, katakan tidak. So nak konpemkan tunggu je lah. Ok hari tersebut aku memang badmood. Memang. Tapi aku kawal. Tapi juga siapa tahan nak dengar soklan yang sama dalam saat terdekat, saat k saat. Kan dah kena marah. " Kalau aku kata habis kelas, habis kelas lah. Sekarang ni kita tak konpem ada kelas tak. So tunggu jelah, habis pukul 1,pukul 1lah, pukul 2 ke 3 ke. Tak payah tanya banyak kali ! " Okay ni ayat yang aku lemparkan kat Hariz lepas dekat lima kali dia tanya bila nak ambil gambar. Tahu rimas tak. K sorry Hariz.  


Ehm ragam ragam ragam. Letih aku berikutan gelak terlebih dos. Terpaksa tahan takut ilmu dikepala terlepas. Ceh poyo k poyo. Haha. Tu syima dengan camcam kena tengah sebab theyolls Kapten. Nak sangat kan Syima, hambek kau. Tu pun still krik krik lagi nak buat gaya apelah. Then pantang krik sekejap mula lah aksi lain yang keluar. Asalnya nak berlatar belakangkan kehijauan. Tapi lepas gelak gelak makin ketepi ketepi dan jadi seperti ini :>


50 : 50
Okay untuk pengetahuan mood aku tetiba bertukar kepada sayu dan sedih. Sangat. Aku rasa sekejap je zaman sekolah ni kan. Minggu depan SPM dah, lepas tu, habis then kita dah tak sekolah. Aku takut. Takut kita dah tak jumpa. Besar harapan aku kita tak saling melupai. Kan kita sahabat selamanya. Ingat tak kita mula akrab 2011. Kita buat banyak benda sama-sama. Walaupun nampak remeh tapi tanpa kerjasama semua tu tak berhasil. Kita pernah handle makan malam raya asrama semua kita handle, kita buat mural sama-sama. Aspuri tolong aspura buat mural, aspura tolong repair facilities aspuri. Tusyen kita belajar bersama. 2012, makin akrab. First prog kita handle. Prosas, orientasi asrama. Banyak cabaran kita lalui. Dari pelbagai perbalahan akhirnya berjaya, sebab adanya sifat matang dalam diri kita. Kita bersatu bagai satu team professional menjayakan program ni tiga hari tanpa rehat. Bersyukur. Ummi and para warden cuba mengajar kita sesuatu yang baru dan pengalaman. Seronok memang seronok. Semua pihak berbangga dengan program kita. Ingat tak betapa bersyukurnya kita waktu tu. 


Dengan kesempatan ini aku mohon beribu ampun dan maaf kepada kalian semua. Aku sedar aku hanyalah Adibah yang tak berhenti bergossip. Aku sedar. Maaf atas segala kata kata yang mengguris hati kalian semua. Dan semua salah silap yang sengaja atau tak disengajakan. Aku doakan kita sama-sama berjaya.

pss i luv this, luv :*

Sekian, Wassalam