TEST


Dah masuk 3 minggu aku trial. How study? Ready dah? Amacam paper tadi? Senang tadi? . Semua tu soalan lazim yang aku dapat bila sebelum dan selepas habis paper setiap hari. Aku memang kategori pelajar pemalas. Aku akui aku malas nak belajar bila tak ada homework, topical test, test, or what. Aku jarang rajin belajar tanpa semua tu. So, thats mean aku suka belajar last minute. Esok exam, 2 days before baru aku telaah. Takut lupa alasannya. Ya memang. Aku punya daya ingatan yang singkat untuk mengingati fakta. Tapi benda lain ok. Sangat mengada. Aku study kat hostel dengan kawan-kawan sangat menyeronokkan. Tapi aku benci bila study dan tiba-tiba hati aku ada yang mengetuk. Aku benci kau memori pahit. Cukuplah kau dah buat aku sedih. Terima kasih kau ajar aku jadi yang terbaik. Aku berjaya lupakan kau dalam masa yang lama. Aku gembira dapat lupakan kau, tapi kenapa kau tiba-tiba datang pada aku untuk aku fikirkan kau semula? untuk aku berada pada masa dan ketika itu lagi? kenapa? aku dah penat untuk semua tu. Tolong lah masa yang aku perlu rebut untuk masa depan aku yang aku janjikan dalam diri aku untuk mama dengan ayah usah kau kacau aku. Please aku mohon. Untuk kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Agama Islam, Physics 3, Chemist 3, Addmath 2 aku masih boleh tenang menjawab berbanding 13 kertas lain aku rasa geram dan nak menangis. Physic and EngTech aku menangis menjawab sebab yes aku blank. Tak tahu apa silap aku, mungkin aku tidur lewat, tak cukup rehat. Em biarlah berlalu. Aku hampir menangis mengenangkan apa aku jawab sebelum ni. Aku menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Siapa kata? Surah Al Furqan ayat 27-29 ada berkata "pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia." Konklusinya,aku harus berusaha bersungguh-sungguh untuk SPM sebenar nanti.