FRIEND

Tika hati dan minda sudah lama berada dalam setting happy dan ok untuk aplikasi diri kau, virus datang menerpa minda dan hati aku sehingga hati itu jam. Sanggupkan diri kau? Bertahun aku kenal kau. Masuk empat tahu lebih kita kawan. Hampir empat kali kau bagi statements aku kawan baik kau. Aku hargai walaupun cuma empat kali sebab pengakuan itu bukan mudah untuk dilayangkan kepada semua orang. Kau kerap kata kita berjanji kawan sampai mati. Tapi aku belum mati, kau dah lupa aku. Kita pernah catat satu misi yang sama untuk kita sama-sama perjuangkan tapi kau dah lupa. Mana aku tahu kau lupa aku dan misi kita? Itu bukan masalah untuk dibangkitkan. Sekali dua aku dengar aku nampak aku tekan butang scan virus supaya hilang. Tapi kerap kali, aku nekad tukar semua setting minda dan hati aku untuk aplikasi kau. Tipu aku mudah lakukan semua tu , aku tak sedih. Tapi sebab kau seorang aku malu untuk luahkan pada kawan kawan aku yang lain. Aku sedarmungkin takdir yang sudah dicatat di Luh Mahfuz ini mungkin juga atas takdir kesilapan aku dalam persahabatan kita. Aku bukan mahukan kau ingat aku setiap saat dan ketika kau bernafas. Aku cuma mahukan janji setiakawan kita. Langsung tiada rasa dihati aku untuk aku mahukan diri kau sesuatu yang istimewa untuk aku. Langsung. Aku pernah berjanji dengan nama Allah, selagi aku punya iman, aku cuba menjauhi maksiat. Kalau masih aku ada secebis di ingatan kau, flashback misi kedua kita jom jangan couple dengan sesiapapun. Jangan bagitahu mahupun tanya aku sama ada ada ke aku cakap tu atau aku memang tiada di ingatan kau. Aku tidak mahu tahu semua itu. Kita adalah kawan bukan pacaran.  Aku cukup geram dapat tahu apa status aku pada kau yang kawan kau tahu. Aku geram. Yes aku sayang kau sebab kau banyak nasihat aku bagi semangat pada aku. Tapi sekarang kau bukan yang dulu pernah aku percaya . Mungkin kau ada sebab kau sendiri untuk semua ini berlaku. Ya hidup kau. Aku tak berhak halang apa-apa. Cuma apa yang aku harapkan adalah maafkan ketidaksempurnaan aku dalam persahabatan. Semoga kau bahagia dunia dan akhirat kau. Aku mendoakan yang terbaik untuk kau seperti biasa. Islam murka sesiapa yang memutuskan persahabatannya. Tiada istilah dalam hidup aku untuk putus kawan. Semua boleh diperbaiki. Aku juga tidak mengharap apa-apa dari kau. Kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan. Aku masih dengan misi aku kalau ada rezeki. Mungkin kau punya misi lain, semoga berjaya.
Assalamualaikum sahabat,
Wassalam~