LUAHAN HATI


4:01 PM, hari ni minggu balik. Yes aku gembira sangat. Sangat sangat gembira. Sebab aku nak balik aku nak jumpa adik adik aku, aku nak jumpa atuk dengan nenek, nak jumpa kakak, nak ajak dia jalan semua. Dan aku nak jumpa mama dengan ayah. Eh.. mama dengan ayah mana ada dekat rumah. Hati aku tersentap bila aku teringat mama dengan ayah tak ada dekat rumah. Air mata aku bergenang. Aku cepat cepat lap aku taknak sesiapa yang dekat surau perasan air mata. Aku tak suka orang tahu aku sedih. Aku tak suka. Tapi kali ni aku betul-betul sedih. Aku rindukan mama dengan ayah. Penguat semangat hidup aku. Hari ni genap seminggu sehari diorang pergi mengerjakan ibadat wajib bagi setiap umat Islam. Malam tadi aku tak boleh tidur, semalam petang aku paksa tidur tapitak boleh, aku teringatkan diorang. Apa mama dengan ayah buat sekarang? Dan sekarang aku sangat perlukan diorang. Sumpah aku rasa berat hati nak lepaskan mama dengan ayah pergi haritu. Aku tak boleh nak senyum waktu hari khamis tu. Aku taknak dengar cakap ayah yang suruh aku bersiap. Aku taknak diorang jauh dari aku. Cukup lah aku dah perit berjauhan dengan diorang sepanjang 2 minggu setiap bulan dekat asrama tu. Walau tak jauh mana asrama dengan rumah, tapi hati ini tetap mengaharapkan mereka berada dekat dengan aku. Sangat perit perasan ini. Aku cuma tahan perasaan aku. Tapi limitnya sampai bila aku tengok mama menangis tutup pintu rumah. Ya aku juga tahu mama sedih nak meninggalkan darah dagingnya di sini, rumahnya, kucing kesayangannya. Tapi harus kami faham ini adalah seruan illahi. Aku lap air mata aku sambil pusing kebelakang aku taknak mama tahu aku menangis. Aku takanak dia tahu aku taknak lepaskan dia. Taknakkkk :( Bila semua jiran, saudara berkumpul. Ayah baca doa meninggalkan rumah, panjang hati aku menangis. Aku juga mengalirkan air mata bila sampai barisan ayat "... kami pasrah,redha, dan bertawakkal kepadamu dengan apa yang terjadi pada masa akan datang. Jika Kami ditakdirkan tidak kembali.." ayah nengis, aku juga. Aku tak dapat tahan air mata aku. Aku tunduk. 

Bila sampai di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya masa dah lewat. Bukan salah kami, tapi pihak disana mempercepatkan segala urusan. Dan mama dengan ayah orang terakhir masuk. Bila tiba masanya, mama hulurkan tangan pada aku tanda sudah tiba masanya, Aku salam cium dan peluk mama. Mama pesan banyak benda, mama minta maaf. Aku menangis tanpa henti, mama, mama tak ada salah pada adik. Mama sentiasa yang terbaik untuk adik. Adik tahu mama marah bukan tanda benci, tapi mama sayang. Ayat kerap kali mama ucapkan pada kami adik beradik. Mama pesan belajarlah rajin-rajin dan macam-macam lagi. Terselit dari nada mama, aku tahu mama sangat mengharapkan aku buat yang terbaik untuk SPM nanti. Tapi kenapa hati ini degil, aku malas. Aku seolah tak kesian padanya. Aku tahu semua itu, tapi aku tak mampu melawan sikap yang lama membiak dalam hati ini. Aku tak mampu berkata apa lagi, aku hanya dakap dan menangis dalam dakapan mama, aku dah cakap aku susah nak lepaskannya. Bila masa pada ayah, aku terakhir sekali bersalam dengan dia. Aku salam, cium. Ayah nak dakap aku, tapi tak jadi sebab dia taknak aku terus menagis. "Adik, ayah pergi dulu, adik jangan nangis lagi." Aku angguk sebab tak mampu berkata apa. "Ayah jaga diri dekat sana ya, adik sayang ayah, mama. Ayah jaga mama, mama jaga ayah ya. Adik minta maaf salah salah adik ayah. Doakan adik tabah dan boleh belajar kat sini.." "Ya, ingat ayah dengan pergi kerana dipanggil Allah. Bersyukur kami dipilihnya. Ayah sentiasa memaafkan anak-anak ayah. Ayah tak pernah lupa iring doa untuk anak-anak ayah. Adik jaga diri ya.." Ya ayah dipanggil, aku harus terima. Aku taknak balik selagi mama dengan ayah tak hilang dari pandangan aku. Sampai dalam kereta aku masih menitiskan air mata.

Dan sekarang aku sangat perlukan mereka. Hari ahad, 23 Sept asrama buat perlawanan futsal. Aku ejoy bersama kawan-kawan aku. Keesokannya kaki ini sakit bagai nak tercabut. Dan aku tidur sangat sangat terasa seperti sekarang aku berada di rumah, di bilik mama. Sepanajang mama tak ada, aku tidur biliknya. Aku terjaga, aku terkejut aku berada di asrama. Niat hati nak minta mama urutkan kaki. Tapi ok aku sekarang di asrama. Hati kembali sedih. Minggu ni aku dapat markah perperiksaan. Semua menurun, sangat. Aku rasa aku tak nak tahu markah aku. Aku sedar aku tak buat yang terbaik untuk trial ni. Aku sedar. Tapi aku tak tahu kenapa aku masih begitu. Aku tak tahu. Bila waktu belajar aku tak boleh belajar aku cuba hafal nota, spot tapi semua tu tak masuk. Aku give up, aku pandang atas aku istighfar, apa dosa ku ya allah? Aku berdoa dalam hati agar dipermudahkan. Tapi tetap sama. Lama-lama aku fed up. Aku tak pandang dah nota. Aku buka nota tapi ibarat si buta huruf yang tak tahu apa. Aku pandang gambar aku macam pening. Aku tak tentu arah untuk trial ni. Mungkin disebabkan aku terlalu nervous dan panik. Aku fikir banyak sangat belum habis study, betul cakap cikgu-cikgu "jangan fikisangat, nanti blank, stress" betul. Tapi aku tetap fikir. Bila dalam dewan periksa, aku blank. Aku rasa nak menangis. Tapi sibukkan dengan senaraikan semua apa yang aku ingat, tapi semua tak ada kena mengena, aku padam. Aku berdoa agar tannagkan hati ini. 

"Adibah, kamu kenapa semua subjek menurun? TK kamu teruk sangat ni.." Cikgu Radin. Dia guru Tekonologi Kejuruteraan aku. Bukan nak bangga, tapi hakikatnya graf aku menurun, selama ni aku maintain A untuk subjek ni. Tapi tidak untuk kali ini. AKu meluahkan pada cikgu "saya tak baca masa study, saya balnk masa jawab cikgu..saya tak tahu kenapa.." cikgu angguk dan senyum sebab "saya dah agak dah, budak ni mesti blank ni " dengan gaya menanda kertas. Dia sangat prihatin kepada anak-anak muridnya. Dialah satu satunya cikgu paling aku sayang. "Kamu ada masalah ? saya thu mak ayah aku pergi haji, saya tahu. Tapi ni.." Aku tergelak dan sekat ayat cikgu "Cikgu apa ni,tu tak ada kena mengena langsung dengan PCB saya." Memang aku blank, kosong semua tu bukan sebab mama dengan ayah bukan. Sebab PCB sebelum mereka berangkat. So, not the reason is. Cuma beberapa subjek aku ada peningkatan. Aku bersyukur. Pada yang menurun, aku redha. Mungkin salah aku yang kurang berusaha. Cukup dengan harini, aku tak dapat menahan rasa kesal pada diri sendiri. Aku perlukan permbakar semangat.

Hazwina, dia sangat sangat perlu dinobatkan sebagai sahabat. Dia menenangkan jiwa aku. Aku selesa mengadu padanya. Begitu juga dengan piqa, syima, najwa, rina, elly. Aku selalu menangis padanya, dia dakap aku, dia bagi semangat pada aku. Tapi hari ini pertama kali aku melihat Hazwina menangis. Pertama kali. Semua sebab trial. Ya kami menurun. Dia sedih. Aku turut sedih sebab dia sangat struggle untuk trial, tapi rezeki belum menyebelahinya. Aku dakap dia dan aku juga bakar semangat untuknya. Aku buat dia ketawa dan yey dia gelak. Tak lama tu aku pula yang sedih sebab "hazwina, kita sedih dengan result kita. Selalunya kalau macam ni, mak kita yang dengar kita. Ayah kita yang semangatkan kita. Nanti balik, nenek kita yang ambik, diorang tak ada kat rumah..." dia senyum "diba sabarnya," cukup nada dia menenangkan aku. Cukup. Ya aku perlukan bebelan mama sekarang, aku perlukan kaunseling dari ayah. Aku nak mama dengar masalah aku sekarang. Aku nak mereka tahu yang aku sedih dengan keputusan aku. Tapi aku tahu mereka lagi sedih. Mama ayah adik minta maaf tak dapat buat yang terbaik. Mungkin rezeki belum menyebelahi diri ini. 

YA ALLAH, AKU REDHA DAN BERSYUKUR DENGAN APA YANG KAU BERIKAN. AKU MOHON KEPADAMU YA ALLAH, KUATKANLAH SEMANGAT AKU UNTUK TERUS BERUSAHA. BERIKANLAH YANG TERBAIK KEPADAKU DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUNGANKU UNTUK SPM YANG AKAN MENJELANG TIDAK LAMA LAGI. AMEEN ~


LOTS OF LOVE,
ADIBAH