School Break.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera keatas pembaca (:

Cuti sekolah thats mean tak pergi sekolah. Cuti sekolah aku tersangatlah bermakna bila aku plan vbagai nak ribut taupan, aku plan nak buat itu ini sampai notes, to-do-list fon aku hampir berderet dan penuh. Tapi haram jadah satu dua tiga haha boleh kira guna jari berapa je aku buat. Aku plan nak tuisyen PTMS for form five then aku rasa ada suara mengatakan kat telinga aku "kau study and catch up habis dulu form 4" so aku batalkan niat aku dan ini menyebabkan ayah dan mama berkerut dahi kepada aku. Sorry i thought i cannt. Sepupu aku Nurul Hazwani Mohamed promote aku tusyen tu sebab sit sebelah dia kosong. But dah lambat aku malu. Yess aku malu tak bertempat.

Hari seterusnya lagi berfaedah bila aku bangun dengan lesu dan kemas rumah seterusnya bikin sarapan seterusnya meronggeng dan ohh yeah aku macam orang bodoh kat rumah. Aku rasa menyesal tak teruskan plan aku tusyen. Rugi faham tak? Tapi untuk menyedapkan hati, takkan aku nak pakai know pasti sedap ke ape benda tu. Aku ingatkan diri aku sebab kenapa aku tak jadi tusyen, aku nak catch up. so catch up ah yang kau meronggeng tak ada kerja apa hal. Tak lama lepas tu mama panggil kami tiga beradik annd annouce dah ada jadual cuti terancang. Yess i think its so good. Sometimes ohh mak aku, aku duduk hostel lagi rileks kot. Tapi yeahh mak aku tak sanggup nak nengok cuti anak-anak dia terbiar begitu sahaja. 50% of a day is filled with study. Great things. But selama seminggu aku dah mengikutinya, aku hanya study Addmath. Chemist aku baca then baca buku aku balik. Physics aku panik tengok banyak sangat formula. LK buat muka aku kemas dan jari aku menarik getah rambut lalu jatuhkan kepala keatas board sebab yeah ianya seperti err virus. So aku suka nombor biarlah aku buat addmath sebab aku belum pernah mendapat Gred A lebih dari sekali. Ceh macam others tu dah lebih sangatkan. HAHA annoying sangat.

Hari khamis rumah aku buat tahlil doa selamat dan kesyukuran atas nikmat yang kami perolehi seisi keluarga. Alhamdulillah tahun ini aku rasa kami lebih rileks dalam semua hal. Yeah tak payah suruh aku terangkan lebih lebih nanti aku bakal dilabel "riak" terima kasih. Mama minta suggestions dari aku untuk menu haru itu. Ahh memang aku sebut apa yang aku teringin je lah. Aku cakap buat nasi kukus untuk lunch. Then malam untuk orang tahlil buat nasi lemak ayamberempah sambal sotong. Woww tak sangka mama approve. Im lovin it. Orang tengah riuh rendah merewang, aku meronggeng dalam bilik kesakitan, err pain period. Lepas maghrib orang tahlil pun datang, aku tolong apa perlu then hidang. Klang kleng klong tinggg siap. Okay lepas orang makan aku ambil port basuh pinggan dengan bibik terbaik, Bik Epah dan Kak Zeti. Heh bik epah cerita dekat aku pasal boyfiriend dia. Do i care?. Tengah syiokk main buih hujan sekejap sekejap bak kata peramal cuaca kat radio. Aku dengan kak zeti dah menggelabi. Tapi akhirnya bila dah siap betul baru hujan lebat. Alhamdulillah, itulah rahmat (:

Hari sabtu mak long bagitahu nak ambil aku stay rumah sepupu dekat Kajang. Okay aku setuju sebab aku memang suka duduk dengan sepupu yang awesome dan sangat menstresskan hidup. Sabtu malam ahad overnight rumah mak long dekat Tun Hussein Onn Cheras, esoknya lunch SR seriously aku rindu Tomyam Kung dia dengan kek cokelat indulgence kot ejanya. Balik beli kan bungkus untuk amie yang mengada taknak ikut. Then petang terus heading to Kajang. Tidur.

Tengah elok dibuai mimpi si dia. *err kau tk rindu aku ke?* dah dah diba kau lari tittle ni. Okay tengah mimpi then ada orang bukak pintu dan "dikk bangun, nak pergi KLCC tak? kakak dah cancel discussion. So pergi harini. Siap cepat 6.30 gerak dengan wak lan". Ohh my god. Aku malas lah sangat nak bangun time tu. Aku buat buat tak dengar. Then masuk lagi "dikkkk," err okay. Aku bangun siap semua tepat 6.30 gerak, punctual kan kan ? Ambil kakak kat kolej dia then terus dop KTM. Naik KTm subhanaallah gila sesak. Geli aku rapat padat dengan orang laki. Seriously tersangatlah hehehh.Sampai ada dua wanita ni mencarut dah. Haha watlek ahh, kita bayar sama, so semua rasa derita. Haih. Dah tu tukar naim LRT pastu Komuter. wahh semua dah aku naik. Pengalaman. Sampai terus bekfes kat mcD, mana lagi kedai bukan jam 9 pagi cenggini kan. Ami hanya melentokkan kepala dimeja makan sementara aku dan kakak mengambil sarapan. Hash Brown sedap. i loike.

Dah tu terus yeahh Suria KLCC hey you ! Naik cari peta, well i tk biasa pergi KLCC okay. TGV ohh there, cehh potong reben do kita orang. Beli tiket Ombak Rindu sekali dengan the adventure of TinTin. Yeahh then jalan. Tepat 11 masuk cinema. Duduk kunyah popcorn then texting orang sebab screen still dengan iklan dia. Ohhyeah, nanti 22 dec jangan lupa nengok Bila suatu malam kubur berasap, sumpah best. Then dah mula, alahai slownya cerita ni. tapi best lah jugak bagi yang berjiwa jiwang. hehe marah kakak aku. Sweet ceritanya tapi err. Dah tengah hari cik epet call, dia ajak lunch sebab opis dia kat petronas KLCC tu, heh aku pun taktahu mana. Then lunch solat sambung tengok The Adventure of Tintin pulak, best weh! Ceh Marathon do pagi tengok petang tengok. Nasib tak ambil movie pukul 7 tu. Lepas tu jalan kakak cari kedai pamavera lh apa benda tu Vincci lah Charles and Keith lah. Aku pun ikut je memandangkan tak bawa duit yang banyak, dia tuu untunglah boleh cucuk je. Heh annoy. Wow Vincci sale. DAMN rugi gila tak banyak duit. Grr. Kakak aku shopengg sakan. Happy Hour alasan dia. Suka hati kau lah asal kau senyap tak cakap pasal hbag idaman lagi cukup =.= Then dia menggelabah cerita Vincci tiru Charles and Keith, thenn design yang ditiru dah lah bag yang dia dah ada. Haha nasib kau babe, pergi lah report sana baru fair kan. fuhh penat dengar.

See dia sanggup beli novelnyaa sekali. Fanatic tahap apa dah ni. Fyi, this the third timeshe watching Ombak Rindu. Grr

Aku melepak kat sini bila kaki dah krem tawaf KLCC.

Dah maghrib solat, then balik. Macam berkampung pulak kan. Yess tak nafikan memang seronok dapat jalan shopengg tanpa halangan. Okay bye thats all (: