Selepas dua bulan lebih.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera keatasmu, wahai pembaca (:
Okay kira cepat dah berapa lama blog ini senyap tanpa khabar berita. Ohh begitu lama bukan ? Kira-kira 2 Bulan lebih kot. Okay semua ni sebab aku busy atau sibuk dengan hal ehwal hidup seperti study dan lain-2. Ohh tidak lupa juga, awan yang mengamuk lalu memuntahkan segala isinya sambil teriak sekuat alam juga telah mengejutkan modem streamyx aku lalu ianya koma dengan wayar berselirat selama 2 bulan lebih yaani seusia dengan tempoh blog ini tidak dikemaskini. #ops, aku dh masukkan unsur Hiperbola yang berlebihan. Ohh tidak mengapa ini belog bukan karangan 350 patah perkataan SPM.

Dan kemudiannya sekarang kenapa aku update pulak ? Sebab sudah beberapa ramainya followers bertanya tentang keadaan blog aku seperti ; "blog kau apa cer?" "eh!tukar blog dh ke?" "apa URL baru? URL lama cerita sama je" "Update lh blog rindu nak baca" "Hey you! no new publish?" "blog kau best tapi kalau kau update new stories lagi best" "dah pencen berblog ke?" dan lain-lain lagi dialog dan monolog serta prolog. Terima kasih banyak kepada yang rajin berkunjung ke blog saya dan kepada yang merasakan blog saya hanya mahukan publisiti murahan dan whatever major loser. Haha awak loser beb. Saya tak cari publisti dan mungkin publisiti cari saya. Apa ada pada publisiti ? Duit juta ringgit, kalau begitu mungkin saya mencitainya. Jika hanya tiada apa yang menjamin kehidupan saya akan mengabaikannya dan biarkan ia bertepuk sebelah tangan.

Mungkin selepas ini saya hanya memaparkan gambar-gambar beserta/tidak dengan caption sebab ohh saya dah lupa cerita cerita setiap peristiwa yang kurang perlu saya ingat sebab bukan peristiwa manis pun. Hak tuih. Eh apa punya bahasa blog aku ni, kejap saya kejap aku. Ahh jangan kesah sangat sebab ia membawa maksud yang sama dan merupakan kata ganti diri pertama.

Sekian, wassalam.