Blog walkers

Welcome blogger and readers (: this blog just look very simple and crowded maybe. the stories are sometime bored, nonsense and best. But for your information,i treat my blog like my diary. So its up to me to write everything. Keep in touch and follow my blog. And dont forget to leave a comment beside on my story. Its the first step for me to improve the quality of my blog. Thank You

09 July 2011

AKU BABYSITTER .

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Semalam rumah nenek buat tahlil sambut ramdhan. Then aku pagi tu ada tusyen so tak ada lah menolong sangat. Padahal nama dah tersenarai tang 'AJK MEMASAK' 'AJK PENGHANTARAN' haha lawak kan benda macam ni pun ada AJK lah bagai. Tapi mama suruh pergi class. Okay fine sukaa. Bila kat kelas ohmakengkau ada budak baru. HAHA for sure terkejut. Lepastu, aku punyalah khusyuk belaja fizik then biasalah tak paham mesti tenung tulisan cikgu, okay yang hot nak cakap kat sini cikgu panggil then lambai aku macam lah aku ni tengah termenung. Hadoyai. malu ketepek kat muka aku. Heh tu kang buat budak baru tu ingat aku teringat kat dia. Argghh tidak. Benda dah jadi senyum je lah. Chingg. Bila kelas habis barulah budak baru tu nak lambai aku. Haha ingat dah taknak tegur aku. Ha then dia kata phone + camera dia kena rampas. Aha bagus lah padan muka mengada bawak kan. Haha padan muka kat aku sebab tak dapat nak buat terapi telinga,mulut,tekak dan tangan dua jam atas katil malam tadi. Hhh. Takpelah tunggu lah kau dapat phone balik kita mulakan fisiotheraphy semula right ?. Okay habis takat tu. Haa apa pulak motif aku letak gambar budak comel gebu sebelah ni ? Taraa ha ni budak nama dia Farisya Adriana Maulad Farid. Sepupu aku. Bila kedatangan budak ni buat aku suka sangat till tittle aku sebagai AJK henshin jadi babysitter. Yeyy suka sangat. Im love to kids. Satu hari aku mengejar dia then kemas bilik tah dah berapa kali sebab dia suka lah sangat campak segala raksasa dalam bilik aku then peluk elmo aku seeratnya kulur kilir dibawa , amboi macam you punya kan cha ? Then yang aku nak banggakan budak ni tahu hormat orang tengah solat. Even dia baru masuk tiga tahun, dia nak tahu semua tu. Dimulakan cerita macam nilah, aku masuk ladies kat bilik aku then dia buat sura sayu 'ka,cha takut !' padahal aku dalam bilik tu je pun. Okay aku bukan pintu bilik air tu seluasnya, nasib baik cuma nak berwuduk je. Bila aku nak solat aku pesan 'cha, kakak nak solat, cha duduk diam-diam main kipas tu je tau'. Dia jawab 'yes'. Aku takut je kang tengah solat dia pun exercise kat depan aku. Rupanya bila aku solat dia stay kat tempat dia main then senyap, bila dia nampak aku habis doa dia cakap 'ka, cha nak air' huh see bagus kan, padahal dia jenis yang mulut tak boleh diam. Faham kan cerita aku ? okay bagus, tak paham tak payah paham. Moral value dia, kita hendaklah mengajar budak kecil untuk menghormati sesetengah perkara.

See habis sticker mickey mouse kakak aku dia kebas. Tampal sana sini. HAHA nasib baik aku sabar melayan kau wahai cha. Then dah petang bibik mia suruh dia susu, okay fine aku dah tahu betapa penyabarnya seorang ibu melayan anak anak. Susah no nak suruh dia tidur. Dah tak boleh tidur bibik mandikan sume tukar baju macam amoi pulak dah aku tengok. Then bawak dia jalan kaki depan rumah lari lari hee aku peluhkan dia balik. Then dia masuk bilik aku lai, aku teringat nak packing barang hostel. Aku tengah packing dengan pening kepala dia mengamuk pulak cari entah apa kebenda. Argghh stress, aku bengang aku jerit 'Chaaaaa! tolonglah akak kejap please shut up for a while. !' Dia takut agaknya dia pun keluar. Then dah lama sikit dia masuk balik buat sepah lagi. Arghh anak orang ni hoi aku tengah penat. Last-last aku biar je dia nak buat apa. Then bibik mia ambik, huh lega.


Dah habis tahlil sume, haa mulalah upacara happy birthday to nenek. Aku pun confiuse birthday sapa, sebab kak long yang bawak kek, tapi mama kata birthday cha, then kak long cha tolong potong untuk nenek. Haha apa apa jel lah. Suka sangat budak kecik ni ha dapat potong kek, kak long kata setahun tah berapa kali birthday dia. HAHA. Then dah tiup lilin 3 batang, lilin tu hidup balik. Kak long kata ada hantu lilin padahal memang jenih yang boleh hidup balik. Okay yang pegang pisau pisau tu mama cha, kak long. Kenapa mereka orang macam ni ? sebab cha nak potong kek untuk kawan kawan. Haha memang tak rupa kek lah bagi budak tu potong. Then dia dah balik habislah kontrak aku. Sambung buat kerja mengelap pinggan huh rasa nak tertidur kat dapur pun ada. Okay then nak balik rumah bergaduh dengan kakak. Kteang memang tak sah dua hari aku kat rumah tak gaduh. hh tu je kbye,

No comments: