Blog walkers

Welcome blogger and readers (: this blog just look very simple and crowded maybe. the stories are sometime bored, nonsense and best. But for your information,i treat my blog like my diary. So its up to me to write everything. Keep in touch and follow my blog. And dont forget to leave a comment beside on my story. Its the first step for me to improve the quality of my blog. Thank You

29 April 2011


Salam
Sekarang jam di windows laptop ni menunjukkan 4:17 pm. Aku baru sahaja bangun dari tidur kepenatan dan keletihan. Berat hati untuk menulis entri pada hari ini. Tapi aku tak dapat menahan pedih dihati. Bulan April tahun 2011 betul betul mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran menghadapi dugaan. Tapi kenapa pada usia aku yang baru hendak menjangkau ke 16 Tahun aku telah diuji seberat ini. Pada aku usia seperti aku ini adalah belum cukup matang untuk mememikirkan seribu satu masalah. Pada aku juga, usia aku ini hanya sesuai untuk memikirkan soal belajar , belajar dan belajar. Tapi bulan April 2011 yang hampir menutup tirai telah memberi aku sejuta satu persoalan yang hanya tinggal soalan tanpa jawapan. Apa semua ni ? 30 hari aku pendam perasaan aku sendiri. Tapi aku hanyalah gadis perempuan yang sesuai dilabel "FRAGILE HEART". Jadi semestisnya mustahil bagi gadis seperti aku untuk menahan perasaan tu sendirian, aku mengambil keputusan untuk berkongsi bersama kawan-kawan yang sentiasa menjadi pendengar setia aku. Tapi bagi lumrah hati insan yang normal juga tidak semua hati yang cuba memahami perasaan yang aku cuba luahkan itu dapat menerima segala isi cerita aku. Tapi juga aku bersyukur kerana ada juga hati yang memahami aku. Terima kasih semua sebab melayan perasaan adibah ni (: Tarikh 28 April 2011 aku mengharap kau tidak lagi ada dilain detik saat minit jam hari bulan dan tahun lagi ! Kau dah buat aku trauma wahai tarikh itu. Pada tarikh tersebut aku tidak dapat menahan keberatan hati yang disakiti oleh orang yang dianggap teman. Mungkin salah aku juga. Tapi sebesar manakah dosa aku pada dia untuk dia balas sebesar luka ni ? Mungkin perasaan itu tak dapat diluahkan melalui kata-kata atau coretan tapi yang hanya mengerti perasaan ini hanyalah Tuhan sahaja. Hari rabu yang telah membuat air mata aku keluar dan mengalir deras sederas air terjun telah disaksikan oleh mama tercinta, Puan Rozanah Bte Abd Razak. Mama tidak menyangka darah dagingnya yang selama ini sentiasa periang dan ceria didepannya dan petah berkata kata sehingga membuat dirinya tersenyum riang (28 April)kini menangis dengan tangisan yang menyentuh hati sambil bercerita segala yang terkubu dihati. Tidak dinafikan aku adalah anak Encik Rosman dan Puan Rozanah yang paling manja selain daripada adik bongsuku. Aku bercerita dengan sekuat hati hati diringi sedu sedu. Mungkin akan ada pihak pembaca berkata aku hanya gimik konon menangis sahaja di blog ini. Tidak ! Ini semua benar. Setelah puas segala masalah diluahkan. Tiba masanya mama pula berkata kata. Terima kasih, mama. Mama dah buat anak mama untuk lebih tabah ! Mama kata aku dihantar ke asrama bukan untuk mendapat stress tapi untuk belajar. "Mama minta maaf tak boleh bawa adik keluar asrama". Kata tersebut bagai mengerti isi sebenar hati aku yang hanya tahu satu penyelesaian iaitu au melangkah meninggalkan asrama. Tapi wajah dan setiap kata kata mama betul-betul mahukan aku belajar bersungguh-sungguh. Aku juga tidak mahu mengecewakannya kerana akhir akhir ini setiap permintaan aku tak pernah beliau mengatakan "tak boleh". Tapi sejauh manakah aku dapat menahan mendengar sindiran kutukan panahan mulut yang dengki dengan aku ? sampai bilakah aku harus difitnah dan disalah erti ? sampai bila ? sampai bila aku haru menyaksikan orang marah dihadapan aku ? Orang berkata padaku ; semakin berat dugaan kita terima semakin dekat diri kita dengan tuhan. Pada mulanya aku bagai anak kecil yang jahil kerana tidak faham apa erti kata-kata tersebut. Tetapi bulan April telah memberi jawapannya tatkala setiap kali bersolat sendirian aku sujud sambil mengeluarkan airmata di tikar sejadah dan memohon kepadanya seribu kemaafan atas segala dosa yang telah aku lakukan, aku juga menadahkan tangan kadang kadang memejamkan mata sambil memanjat doa kepada Allah. Aku mengadu kepada-Nya. Aku meminta petunjuk daripadanya dimanakah harus aku pergi ? selepas itu baru aku rasa ketenangan yang asli. Syukran ya Allah !

2 comments:

qylabasri said...

makcek jgn simpan masalah oke..
aku ade , bagu tahu je
;)

Faza Syahirah said...

be strong kiddo :)
see all the thing that happened as His tests, InsyaAllah