Salam sejahtera (:

Okay entry kali ni nak cerita bahawasanya aku sedang gembira campur malu. Ohhmai apekehal nak gedik sangat, dah happy happy jea lah tak payah nak malu malu . Cam ni ceritanya, jumaat yang lepas sehari selepas tarikh pengumuman keputusan PMR 2010, aku terlalu lah sedih dan hampa. Aku tak dapat nak legakan hati mama and ayah macamana korang semua lakukan. Mama target aku tujuh, tapi at least lima pun dia dah lega. But aku just dapat 4A. Wanis, shakirah boleh score, but aku ? Hampeh. Aku peluk mama sejurus dapat result tu, mama kata dah lah bukan rezeki. Okaylah ni banyak dari trial kan. Tapi hati ni tanak terima. Bila sampai rumah, mama terus peluk aku and bagi semangat after this belajar rajin rajin SPM ada. Buat yang terbaik. Aku cium mama and adik minta maaf tak dapat bagi yang terbaik. Mama kata tak pe bukan rezeki kita redha jea kay. Tapi dalam menyalahkan diri sendiri juga, terpendam rasa syukur kehadrat illahi atas kurniaan 4A tu. Tapi susah untuk aku terima hakikat semua ni. Aku malu teramat sangat kat semua kawan kawan aku. Aku malu dengan korang sebab tu aku cuba lari bila korang panggil. Balik rumah aku menangis, macam biasa lah, aku tak boleh nangis sorang sorang, aku nak someone yang ada dengan aku time tu untuk kuatkan semangat aku. Emilia Adila si kembar lah orangnya (: Thanks so much twin ! Kau still nak kawan dengan aku ke even aku tak pandai ? sob sob ): Aku cuba cakap kat diri aku mungkin aku tak dapat apa diharapkan even dah usaha kuat sebab bukan rezeki, mungkin rezeki aku di lain peperiksaan. Tapi hati macam batu sendiri cakap, sendiri tak boleh terima. Aku terus malu nak bersemuka dengan semua orang. Kenapa adibah macam menyalahkan takdir ni ? Entah lah, aku pun tak tahu. Aku tak sedih langsung sebab tak dapat DSLR impian tak dapat nak bangga dengan semua rang. Tapi aku sedih macam rasa hari tu dah hari terakhir segalanya.