Heyy adibah ! Apesal kalah ni ? Apesal teruk sgt ni ? Kenapa dua A sahaja ? Kenapa dua C ? Adibah malu tahu tak ? Kawan Adibah semua pandai. Fatin 4 A, Rina 3 A . Hafizi 3 A , Habis Adibah kena tunaikan janji dengan Hafizi .Adibah malu sangat sangat sebenarnya. Adibah dah cuba sedaya upaya, apa kurang Adibah ni ? Adibah dah buat banyak latihan semua subjek . Tapi kenapa Adibah masih tak faham faham chapters dlm Sains tu ? Apa dosa Adibah ni ? Sebenarnya, Adibah target nak 8 no A C D E . Adibah dont want all of that ! Kawan Adibah semua pandai pandai belaka. Semua bila jumpa Adibah, diaorang tanya " Kau berapa A dah ? " Adibah malu nak jawab. Bila terima kertas jawapan ramai berkata " Kalau aku B, Adibah mesti A " . Adibah selalu cakap dalam hati, " Alhamdulillah. Amin" Namun hakikatnya, Adibah kurang A, ade C . Mama dan ayah Adibah tak marah. Cuma mungkin mereka kecewa. Adibah tak nak kecewakan mereka. Mereka selalu kucup dahi Adibah setiap kali selepas solat jemaah dan sebelum ke sekolah sambil berkata "Belajar rajin rajin" " Mama ayah sayang anak mama ayah" .
Adibah selalu menangis dalam bilik air setiap kali nak ambil air wuduk selepas pulang dari sekolah dengan mendapat keputusan tak memuaskan sambil kunci pintu bilik, sebab bilik air Adibah dalam bilik je. Waktu hari kertas matematik, datang sekolah, Adibah tak sempat nak buat latihan sebab kawan kawan minta tolong ajar. Lin kata " kalau dah pandai, jangan kedekit ilmu, nanti Allah tarik balik" Jadi, Adibah ajar kawan kawan sampai kertas nak mula. Adibah bertawakkal je. Akhirnya Adibah dapat C . Adibah malu dan sedih. Semalam Adibah macam tak tentu arah sebab stres sangat. Tapi Adibah tak nak tunjuk depan siapa pun sebab Adibah tahu semua orang sayang dia, nanti semua tanya kenapa kenapa kenapa (?) . Tentu Adibah akan menangis. Tapi, Adibah kuatkan semangat dengan berkata "Ni tak ada rezeki lagi kott" Hafizi selalu cakap " aku yakin kau boleh lawan aku. kau kena yakin je" Anas cakap " Ni baru UB" Adibah ambil tu semua sebagai semangat. Semalam juga, Adibah tiada mood nak buat apa apa macam sebelum ni. Bila petang online, Syafiq ajak chat, tapi Adibah takda mood sangat, Adibah layan dia macam ape je. Kesian dia kan ? Adibah rasa bersalah bila buat orang macam tu, malamnya, Adibah bagi pesanan ringkas pada dia untuk mohon maaf. Dia suruh Adibah cerita, tapi Adibah tak nak sebab Adibah malu nak bagitahu. Mungkin dia sudah kecil hati. Selepas itu, Adibah sengaja bermain papan kekunci telefon dengan hantar pesanan ringkas pada Sabrina , Adibah tanya macam macam yang tak munasabah lansung. Sampai Sabrina pun dah bengang. Adibah buat kerja rumah macam orang yang jahil sangat. Adibah keluar bilik, pusing sana sini, sampai diri sendiri berkata " Adibahh ! Mane kau nak pegi ni sebenarnya ? Apa kau nak buat ?" Heyy Adibah ! Apa kau dah buat ni ? Mungkin kau ada dosa dengan mama dengan ayah. Apa yang Adibah dah buat pada mereka ? Setahu Adibah, dia tiada buat apa apa yang mengecilkan hati kedua orang tuanya. Tapi mungkin sesuatu yang remeh yang tidak disengajakan menyebabkan mereka kecil hati . Mungkin juga sebab lain. Apa salah Adibah ni ?